"Saya Taknak Lagi Terlibat!" - Anggota Tentera Udara Amerika Bakar Diri Sendiri Di Luar Kedutaan Israel Di Washington

TERKINI
February 27, 2024 - 03:42 PM


Seorang anggota tentera Amerika bertindak untuk membakar dirinya sendiri di luar Kedutaan Israel di Washington pada Ahad (25 Feb).

Lelaki terbabit dikejarkan ke sebuah hospital di kawasan itu selepas api tersebut berjaya dipadamkan oleh para pegawai khidmat risikan Amerika Syarikat, menurut pasukan bomba Washington DC dan EMS di platform online.

Ketika dibawa ke hospital, lelaki itu dilaporkan dalam keadaan tenat, dedah seorang jurucakap jabatan polis metropolitan. Jurucakap Tentera Udara Amerika mengesahkan bahawa insiden itu melibatkan seorang anggota tentera udara yang masih aktif bertugas.

“Saya tidak akan lagi terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai,” kata lelaki itu, yang memakai pakaian tentera, dalam video yang disiarkannya secara langsung melalui internet, menurut New York Times.

Dia kemudian menyimbah tubuhnya dengan cecair jernih lalu membakar dirinya, sambil berteriak "Bebaskan Palestin," lapor New York Times.

Terkini, anggota tersebut disahkan telah meninggal dunia. 

Kedutaan Israel telah menjadi sasaran bantahan orang ramai berikutan perang di Gaza yang masih berterusan.

 

Sumber: X & Berita Media Corp

Destination: