"Memang Pengotor" - Kota Paris Panik, Krisis Pepijat Peringkat Kebangsaan

TRAVEL
October 04, 2023 - 03:18 PM


Siapa sangka bandar yang sering menjadi impian untuk para pelancong, Bandar Paris menghadapi krisis dengan pepijat yang amat merisaukan.

Kerajaan Perancis semalam memberitahu akan menganjurkan mesyuarat tergempar minggu ini untuk meneliti peningkatan jumlah kes pepijat yang dilihat sebagai masalah kesihatan awam yang mencemaskan di negara itu.

@dailymail Bed bugs seen crawling over seats on Paris trains and buses as France battles 'invasion' of the insects. #fyp #france #bedbugs #paris #insects #gross ♬ original sound - Daily Mail

Orang ramai dikatakan terkejut melihat pepijat di semakin banyak lokasi termasuk kereta api, metro Paris dan pawagam, pada kadar yang menakutkan.

Kebimbangan itu memuncak apabila Perancis sedang bergelut dengan penganjuran Piala Dunia Ragbi dan mengadakan persiapan untuk mengalu-alukan atlet serta peminat dari seluruh dunia untuk Sukan Olimpik 2024.

."Matlamat mesyuarat hari ini adalah untuk mengukur keadaan dan mengukuhkan langkah", kata Kementerian Pengangkutan.

Sementara itu, ketua parti Renaissance pada Perhimpunan Kebangsaan Perancis, Sylvain Maillard, berkata rang undang-undang (RUU) akan dikemukakan pada awal Disember untuk memerangi 'bencana pepijat'.

Beliau berkata, presiden parti dan sekutunya memutuskan untuk menjadikan subjek itu sebagai 'keutamaan' dan menggesa pembangkang sayap kanan dan kiri untuk mengemukakan cadangan untuk teks perundangan merentas parti.

Pepijat, yang sebahagian besarnya hilang daripada kehidupan seharian menjelang 1950-an, kini muncul semula sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada kepadatan penduduk yang tinggi dan lebih banyak transit penganggkutan awam.

Serangga penghisap darah itu dikesan di metro Paris, kereta api berkelajuan tinggi dan di Lapangan Terbang Charles De Gaulle di Paris.

Pepijat atau 'bedbug' dalam bahasa Inggeris, mendapat namanya daripada kebiasaan mereka bersarang di dalam tilam, walaupun boleh bersembunyi di dalam pakaian dan dalam bagasi. Serangga itu keluar pada waktu malam untuk menghisap darah manusia.

Gigitan pepijat meninggalkan kesan merah, lepuh atau ruam besar pada kulit dan boleh menyebabkan kegatalan yang teruk atau tindak balas alahan.

Destination: