Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15 September 2022

TRAVEL
September 14, 2022 - 12:28 PM


Anda mungkin pernah mengenali sebuah resort dengan nama Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, terletak di Lumut, Perak.

Bagaimanapun, resort berkenaan telah ditutup buat beberapa ketika bagi proses ubah suai dan pengambil alihan kepada jenama baru.

Kini, ia akan dibuka semula pada 15 September 2022 ini dengan operator dan jenama baharu iaitu Doubletree by Hilton Damai Laut Resort.

Proses renovasi dan penambahbaikan telah dilakukan. Kini resort tersebut tampil dengan dekorasi lebih segar dan kontemporari.

Doubletree by Hilton Damai Laut Resort merupakan resort Doubletree by Hilton yang ke-2 di negara ini selepas Doubletree Resort by Hilton Penang.

Resort ini bakal mempunyai 294 unit penginapan terdiri daripada bilik jenis biasa, bilik eksekutif dan juga suite.

Bagi aktiviti mesyuarat, resort ini menyediakan 10 bilik mesyuarat dengan keluasan keseluruhan 1,418 meter persegi. Bilik mesyuarat terbesar pula mempunyai keluasan 871 meter persegi.

Tarikan utama resort ini sudah pastilah kerana lokasinya berdekatan pantai dan kolam renangnya yang memang mesra kanak-kanak.

Tetapi, kalau anda nak makan di luar atau berjalan-jalan, sila ambil maklum dahulu bahawa resort ini terletak jauh ke dalam dari jalan utama ya.

Tempahan sudah mula dibuka di laman web Hilton untuk tarikh 15 september ke atas. Semak harga untuk tarikh yang anda mahukan disini : https://www.hilton.com/.../iphdldi-doubletree-damai-laut.../

📍Doubletree by Hilton Damai Laut Resort, Jalan Damai Laut, Manjung, 32200 Lumut, Perak

Sumber: Surgaroute

Destination: