"Rock Garden & Himalaya Camping Resort" - Port Percutian Menarik Di Gopeng Ada 38 Pilihan Penginapan!

TRAVEL
September 19, 2023 - 05:41 PM


Bagi anda yang menginginkan sebuah percutian di tengah-tengah alam semulajadi tetapi masih mempunyai banyak pilihan penginapan yang boleh dicuba bersama keluarga, Gopeng adalah cadangan lokasi sempurna untuk itu!

Atau lebih tepat anda boleh bercuti di "Rock Garden & Himalaya Camping Resort" -- sebuah resort eko-pelancongan di Gopeng, hanya 40 minit dari Ipoh, Perak.

Di sini anda bakal merasai pengalaman bermalam dikelilingi pepohon hijau dan bunyi-bunyian alam yang boleh menghilangkan tekanan anda daripada kesibukan hidup di kota.

Malah, udara yang segar serta air sungai jernih dan cetek juga ada di Rock Garden & Himalaya Camping Resort -- menjadikan percutian anda seisi keluarga akan lebih menyeronokkan.

Jika anda nak tahu, Rock Garden & Himalaya Camping Resort ini menawarkan sehingga 38 jenis bilik penginapan pelbagai bentuk serta keluasan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keperluan anda sekeluarga.

Antaranya chalet, glamping, U drain, A Home, Epic Home serta bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman bermalam di dalam khemah juga ada disediakan 50 tapak camping!

Lagi best, khemah-khemah di sini dilengkapi dengan plugpoint, tandas dan water heater tau! Menarik, kan!!

Selain itu, tempat ini juga turut menyediakan kemudahan lain buat keselesaan tetamunya seperti surau (muat 60 orang), 2 buah dewan makan tertutup dan terbuka serta kolam renang.

Sementara itu, jika bercuti di Rock Garden & Himalaya Camping Resort ini dijamin anda tidak bosan kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda cuba seperti :

  • White Water Rafting
  • Trekking Bukit Batu Putih
  • ATV
  • MTB (basikal sendiri)
  • Mandi sungai yang jernih dan sesuai untuk anak-anak dan dewasa
  • 3 kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Suasana bukit, sungai dan tepian kampung
  • BBQ pit
  • Campfire


Jika berminat untuk camping anda boleh membuat tempahan di Himalaya Camp www.himalayacamp.com dan www.rockgardencampingresort.com untuk kawasan Rock Garden.

Destination: