"19 Tahun Dia Tunggu Tau!" - Michelle Yeoh, Jean Todt Akhirnya Berkahwin!

TERKINI
July 28, 2023 - 05:29 PM


Ikatan tali pertunangan yang kekal utuh selama19 tahun, ditamatkan dengan hubungan rumah tangga! Tahniah diucapkan pelakon lagenda kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yoeh yang bakal mengahwini kekasihnya Jean Todt.

 Todt yang berusia 77 tahun itu pernah bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Scuderia Ferrari antara 2004 hingga 2007.

Sah bergelar suami isteri, Yeoh dan Todt disatukan di dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Geneva, Switzerland.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh bekas pelumba Formula One, Felipe Massa menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Felipe Massa (@massafelipe)

Hampir dua dekad bercinta, bintang Hollywood tersebut mula berkenalan dengan lelaki kelahiran Perancis itu di Shanghai, China, pada Jun 2004.

Bintang popular kelahiran Ipoh itu berada di Shanghai kerana terlibat di dalam program publisiti untuk jenama kereta mewah, Ferrari.

Pada 26 Julai tahun yang sama iaitu selepas tiga minggu berkenalan, Todt membuat keputusan untuk melamar Yeoh menjadi teman hidupnya.

Destination: