"Alamak, Terpaling Model!" - Model Marah Abang Polis Rakam Video Ketika Saman

TERKINI
July 28, 2023 - 03:10 PM


Viral di platform TikTok satu video di mana seorang wanita yang dipercayai seorang model bertekak dengan beberapa anggota polis trafik. Kejadian dipercayai berlaku di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur.

@tomatorice5 Malaysian Indian Top Modal Problem With Abang Polis #malaysianindian #Topmodal ♬ original sound - tomatorice

Pertengkaran tersebut didakwa berpunca daripada model yang ditahan atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu kenderaanya. Keadaan berubah menjadi tegang apabila model itu mendakwa salah seorang anggota polis merakam dirinya tanpa sebarang sebab.

Berang dengan keadaan tersebut, model itu mempersoalkan tindakan anggota polis itu dengan nada marah. Wanita tersebut menjelaskan situasi sebenar apa yang berlaku. Dia menegaskan dia tidak marah dan terima dengan saman yang dikenakan namun tindakan anggota polis untuk merakam video sememangnya melampau katanya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya terkesan video kejadian itu tular di media sosial semalam.

“Hasil siasatan mendapati mendapati suspek tidak puas hati kerana disaman dengan kesalahan menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang semasa memandu.

“Kejadian provokasi tersebut dikatakan berlaku membabitkan dua anggota polis pada Isnin lalu sekitar pukul 3.40 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Hal yang berlaku ini dikhuatiri boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Destination: