"Bila Anak Darah Seni" - Ibu Kongsi Hasil Seni Anak-Anak, Netizen Yang Pening Kepala

TERKINI
October 13, 2023 - 04:11 PM


Membesarkan anak-anak kecil ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Pantang dibiarkan bersenderian buat seketika, ada sahaja aktiviti mereka. Kadangkala tu boleh buat kita darah tinggi kalau tak kena dengan cara. Itu yang dihadapai seorang ibu yang memuatnaik satu video di platform TikTok.

@chunvca

Allah uji sebab mampu 😫

♬ suara asli - Alew22⚡ - ALEW🤣

@chunVCA berkongsi satu video yang memaparkan "hasil seni" dari dua orang anaknya. Yang menarik perhatian, bukan sahaja dinding di rumah yang diconteng! Bahkan iphone dan beg tangan milik ibu mereka turut menjadi mangsa. 

Video tersebut mendapat reaksi yang ramai dari kalangan ibu bapa. Ada yang menyatakan mereka mungkin kurang sabar dan ada juga yang memberi kata-kata semangat untuk si ibu. Alahai anak, boleh sakit kepala mak korang dibuatnya! 

Destination: