Curi Kad Kredit Ibu Budak 12 Tahun Ini Tempah Percutian Solo Ke Bali!

TERKINI
April 23, 2018 - 11:45 AM


Budak lelaki berusia 12 tahun dari Australia nekad mencuri kad kredit ibunya dan menempah perjalanan solo ke luar negara.

Memetik Mail Online, selepas bergaduh dengan ibu bapanya, budak itu mencuri kad kredit berkenaan dan menempah penerbangan murah ke Indonesia.

Menurut ibunya, Emma, mereka sangat terkejut dengan tindakan anaknya, Drew yang berani menjalani percutian ke luar negara bersendirian.

Difahamkan, Drew membuat penelitian bagi memastikan penerbangan mana yang tidak memerlukan dia mengemukakan surat pengesahan ditandatangani ibu bapanya sebelum menempah tiket penerbangan tambang murah ke Indonesia.

Budak licik itu kemudian berjaya memujuk pengasuhnya untuk memberikan pasport miliknya sebelum mengemas pakaian dan terus ke lapangan terbang menaiki kereta api untuk pengembaraan solonya.

Dia menggunakan pemeriksaan layan diri sebelum menaiki penerbangan dari Sydney ke Perth yang kemudian membawanya ke Denpasar.

Drew mengakui dia terkejut kerana tiada sesiapa di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth mempersoalkan mengapa dia bersendirian.

"Mereka hanya meminta kad pelajar dan pasport saya untuk membuktikan usia," katanya. Setibanya dia di Bali, ibunya memfailkan laporan orang hilang apabila dia tidak hadir ke sekolah,

sementara Drew menginap di Hotel All Seasons selama empat hari sepanjang percutian solonya itu. "Ianya sesuatu yang hebat kerana saya memang sudah lama mahu melakukan pengembaraan begini," katanya

Powerlah budak2 zaman sekarang ni. Admin dulu nak curi 20sen pun takut. Ni nak curi kredit kad pastu booking pulak penerbangan ke Bali.. Betapa majunya kanak-kanak zaman sekarang kan...

-KeN 

Destination: