"Dua-Dua Minat Permotoran" - Artis Lelaki Baru Kahwin Kontroversi, Kantoi Dah Ada Kekasih Lain!

TERKINI
October 13, 2023 - 01:47 PM


 "Pelakon lelaki tu rupa-rupanya ada kekasih baharu."

Memetik sumber daripada Harian Metro -- mendakwa seorang selebriti berstatus suami orang sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang juga ahli perniagaan.

Sumber itu berkata, wanita itu memiliki perusahaan permotoran selain berasal daripada keluarga berada.

"Minat mereka sama. Keduanya pun kaya, barulah sekufu," katanya.

Difahamkan, hubungan cinta mereka itu sudah dihidu warganet apabila ramai yang menulis dan memberi bayangan di ruangan komen bekas isteri selebriti berkenaan.

Malah, selebriti itu juga sering memberikan tanda suka atau 'like' pada setiap hantaran dimuat naik ahli perniagaan wanita itu.

Dalam masa sama, hubungan selebriti itu dengan isterinya yang juga anak kepada pelakon veteran masih hangat diperkatakan selepas selebriti terbabit melalui episod perceraian menerusi perkahwinan pertama.

Bahkan, isterinya juga sering mendapat kecaman warganet gara-gara tindakannya yang suka mencuri perhatian di media sosial.

P/S: Wow...banyak dah klue tu! Macam tau je siapa...Min pun sebenarnya dah jumpa IG GF baru tu memang hot, kaya dan main sport car! Mungkin ini yang dikatakan "isteri baru artis ni sedang menerima kifarah". Ehhhh....

Sumber: Harian Metro

Destination: