[VIDEO] "Gadis Seksi Berambut Keriting" - Panas!!! Ini Ke Kekasih Baru Syamsul Yusof?

TERKINI
October 13, 2023 - 06:05 PM


Setelah sekian lama nama tidak disebut ramai, kali ini nama pelakon serta pengarah, Syamsul Yusof sekali lagi menjadi sorotan ramai selepas video memaparkan dirinya kelihatan mesra bersama wanita cantik tular di platform TikTok.

Dapat dilihat dalam video pendek yang tular itu, kelihatan Syamsul segak memakai kemeja bercorak sedang meraikan sebuah acara di kediaman mewah bersama rakan-rakannya.

Bahkan, ada juga beberapa foto yang dimuat naik semula di satu akaun TikTok ini memaparkan Syamsul bergambar bersama rakan-rakannya.

@makcikbawangchannel Kalau btl apa salahnyaaa HAHAHAHAHA. kami rakyat malaysia sokong penyondol yg ni. sekufuuuu nokkk. lawooo. rupanya dari last year? btl keeeeee? kami tanyaaa .adakah ini benar belaka? #irenediane #girlfriendsyamsul #syamsyulyusoff #artiskekasihbaru ♬ suara asli - π™Žπ˜Όπ˜Ώπ™€π™’π™Šπ™† - sadewok βœͺ

Hal yang menjadi perhatian ramai adalah wanita free hair yang sentiasa berada di sisi pengarah tersebut sepanjang acara dan mereka juga ada bergambar hanya berdua saja.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan respon berasa gembira melihat kedua-dua individu itu kelihatan rapat serta ada juga tertanya dimanakah keberadaan isteri Syamsul, Ira Kazar.

Dalam pada itu, ada sesetengah netizen berseloroh mengatakan mereka setuju seandainya wanita jelita itu merupakan kekasih baru Syamsul.

Sementara itu, menjengah ke Instagram wanita jelita berambut kerinting itu bernama Irene Deanna yang juga seorang usahawan bidang permotoran serta sama-sama turut meminati kereta mewah dan sport car sama seperti Syamsul.

Ada netizen yang menyifatkan bahawa perkembangan terbaharu Syamsul bersama wanita ini mungkin merupakan jawapan kepada 'hint' yang dikongsikan isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menerusi video live TikTok baru-baru ini yang mendakwa Ira Kazar sedang menerima kifarah.

Sumber: Beautiful Nara

Destination: