Menjelang Syawal, Tudung Pun "Terbang". Ini 5 Selebriti Kembali 'Free Hair'!

TERKINI
April 27, 2023 - 01:07 PM


Menjelang tibanya Syawal, netizen dikejutkan dengan penampilan beberapa selebriti wanita yang membuat keputusan untuk membuka tudung dan kembali free hair kerana mendakwa itu adalah diri mereka yang sebenar serta enggan berubah ke arah kebaikan secara terpaksa.

Penampilan mereka yang terbaharu itu dimuat naik di media sosial masing-masing sempena gambar Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Jom kita tengok siapa lima selebriti yang dahulunya sangat cantik berhijab tetapi kini memlih untuk free hair. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja supaya mereka terus diberi hidayah-Nya.

1. ALYA IMAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alya Iman (@alyimn)

 

Alya yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon yang cukup manis menutup aurat dengan sempurna telah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung kerana enggan menjadi hipokrit.

Ditanya adakah keputusan membuka tudung dibuat kerana terpaksa, Alya menafikannya.

"Keputusan tidak lagi bertudung dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan kerana nak kahwin ataupun tuntutan kerja.

"Nak kahwin macam mana, teman lelaki pun belum ada lagi," ungkap anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha ini.

Terdahulu, menerusi hantaran dimuat naik, pelakon drama rantaian Bukan Kahwin Paksa dan Ku Punya Hati itu kelihatan anggun dengan gaya rambut berombak dengan mengenakan busana raya.

Dalam satu video lain, Alya kelihatan gembira dan bahagia saat didandan oleh penata rias.

2. ANIS SOFEA 

 

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis juga mengambil keputusan untuk free hair dan hal itu diketahui oleh netizen beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini selepas dia memadam semua foto di laman Instagram, lalu memuat naik gambar tidak bertudung.

Haqiem turut meminta orang ramai tidak masuk campur dan berkata buruk mengenai keputusan yang dibuat oleh isteri.

3. INTAN SARAFINA 

 

Berada di luar negara sejak akhir tahun 2022, penyanyi Intan Sarafina mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi foto-fotonya yang tidak lagi berhijab.

Menerusi hantaran terbaharu sempena ciapan Aidilfitri di perantauan, Intan yang manis berbaju kurung merah jambu turut kelihatan tidak lagi bertudung.

Sebelum ini, Intan yang aktif bersenam dan melakukan aktiviti riadah dengan berjoging kerap mengenakan topi dan hoodie.

Terdahulu, pelantun lagu Duhai Malam itu mendedahkan mula bertudung sekitar awal tahun 2021.

Memetik laporan media, Intan mengaku mulai berhijab selepas terjatuh dan mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri hingga dimasukkan ke wad pada 17 Januari 2021.

4. ZIZIE IZETTE 

Baru-baru ini, penampilan terbaharu Datin Seri Zizie Izette menerusi gambar yang dimuat naik olehnya di platfrom Instagram meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian itu, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam dilihat memakai baju dan seluar senada warna ungu terang dilihat semakin kurus dan menawan.

Bagaimanapun, lain pula reaksi warganet di platform Facebook apabila ramai yang menegur isteri kepada isteri Datuk Seri Bung Moktar kerana dilihat tampil tanpa tudung dan baju yang dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

5. NATASHA HUDSON 

Pelakon Natasha Hudson juga antara artis wanita yang mengejutkan ramai peminatnya apabila tampil dengan foto dan video tidak bertudung di laman sosial beliau.

Berdasarkan lokasi pada posting berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson dipercayai sedang bercuti di Langkawi, Kedah.

Untuk rekod, Natasha mula mengenakan hijab pada 2012 dan pernah tampil dengan imej berniqab pada Disember 2016.

Pelakon filem Chermin ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali, bagaimanapun kesemua perkahwinannya tidak bertahan lama.

Destination: