"Sila Komen Dulu, Nanti Saya Jawab" - Respon Awal Abby Abadi Isu Anak Dituduh 'Penyondol'

TERKINI
September 08, 2023 - 01:00 PM


Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi bakal menjawab isu kontroversi membabitkan anak keduanya, Marissa Dania Hakim, 18 tahun yang dikaitkan dengan kes penyondol.

Perkara itu dimaklumkan Abby menerusi satu perkongsian dalam Instagram Story (IGs) miliknya.

"Tentang isu yang viral, takpa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya, nanti saya jawab.

"Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang," tulisnya.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai seorang wanita mendedahkan mengenai gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti jadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.

Meluahkan perasaan di platform X, semalam, wanita itu mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi penyondol rumah tangga dibina selama tiga tahun.

Tambah memburukkan keadaan, wanita itu turut menampilkan bukti resit dan mendakwa gadis itu kantoi 'check-in' bersama bekas suaminya.

Dakwanya, biarpun gadis itu bersama keluarga datang memohon maaf dan tidak mahu lagi mengganggu rumah tangganya, namun ia hanya janji kosong apabila perceraian tetap berlaku.

Dalam masa sama, wanita itu mendakwa sudah meminta izin kepada Abby Abadi dan Norman Hakim untuk menularkan kisah kecurangan dalam media sosial dan sudah membuat laporan polis.

"Keluarga pihak sana memang tahu. Ya, isu nak viralkan ini memang tiada 'solusi' nak hentikan anak mereka sendiri. Dari mereka juga keizinan viral kisah ini," tulisnya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di Instagram Norman, Abby dan Memey Suhaiza mendapati mereka diserang netizen sejak kisah pendedahan itu dikongsikan, malam tadi.

Cubaan media menghubungi Norman dan Abby bagi mendapatkan penjelasan tidak berjaya apabila tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Sumber: Berita Harian

Destination: