Ed Sheeran Kembali Lagi Ke Malaysia Untuk Divide Tour 2019 – Tiket Mula Dijual 15 Januari 2019
TERKINIDua tahun sudah, Ed Sheeran dengan ‘awesome’nya berjaya membuat tiket konsertnya sold-out pada hari pertama penjualan. Ramai yang kecewa tak dapat nak pergi menyaksikan aksinya. Kalau korang salah seorang yang kecewa, jangan risau, dan bersedia depan komputer untuk beli tiket ye.
Sebabnya Ed Sheeran akan kembali ke Malaysia dengan Divide Tour 2019!
Masih dengan penganjur yang sama iaitu PR Worldwide, Ed Sheeran akan kembali ke Asia untuk Devide Tour ‘pusingan ke-dua’. Tour di Asia ini akan diadakan di Tokyo, Osaka, Seoul, Singapura, Bangkok, Jakarta dan semestinya di Kuala Lumpur.
Ed Sheeran Divide Tour 2019 ini akan berlangsung pada 13 April 2019 (Sabtu) di Stadium Nasional Bukit Jalil dan khabarnya, tiket akan mula dijual pada 10 pagi, SELASA, 15 Januari 2019 di prworldwidelive.com atau myticket.asia.
Macam kebiasaan konsert-konsert besar, pasti akan ada individu yang cuba sailing dan jual dengan harga nak pergi haji balik hari. Untuk elak perkara ni berlaku, pihak penganjur ada menetapkan syarat; iaitu…
- Tiket hanya boleh dibeli di PR Worldwide dan MyTicketAsia SAHAJA. Mana-mana pembelian di laman web third-party atau reseller adalah TIDAK SAH untuk digunakan.
- Setiap orang dihad untuk membeli 4 KEPING TIKET MAKSIMUM sahaja.
- SETIAP tiket yang dijual adalah personalised, nama pembeli akan dicetak pada tiket. Hanya nama atas tiket sahaja dibenarkan ke konsert.
- Di hari kejadian, pembeli perlu tunjuk IC atau passport yang mempunyai nama yang sama dengan atas tiket untuk dibenarkan masuk.
- Semua E-tiket cetakan sendiri hanya akan dikeluarkan 7-14 HARI SEBELUM konsert berlangsung.
Fuh, betul ketat syaratnya. Jadi, tak adalah isu orang have-have, beli tiket nak kaut untung. Hehe.
Ed Sheeran Divide Tour 2019 Kuala Lumpur :-
Tarikh : 13 April 2019 (Sabtu)
Masa : TBA
Lokasi : Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Harga (termasuk RM4 fee tiket) :
Berdiri – RM298
Duduk – RM98, RM198, RM 298, RM 358 & RM488
Setakat ni seatmap belum dikeluarkan, tapi kalau tengok konsert Taylor Switft sebelum ni yang diadakan di Axiata Arena lah seatmap dia macam ni…
So, tunggu 15 Januari, 10 pagi, terus beli tiket konsert Ed Sheeran Divide Tour 2019 cepat-cepat, kalau tak, memang melepas lagilah...