Eh Ingat Dah Putus, Emma Maembong & Syed Abdullah Ke Majlis Kahwin Bersama

TERKINI
February 26, 2019 - 03:12 PM


Sejak kontroversi dua foto Emma Maembong dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tersebar di laman sosial pada 28 Januari lalu, pasangan ini dilihat mengambil langkah berhati-hati dalam hubungan mereka.

Malah mereka juga telah memadam foto bersama yang dimuat naik di laman sosial ,selain sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing. Tindakan itu juga menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungan mereka selepas insiden itu.

Terbaharu, Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq itu telah memuat naik gambar bersama Emma ketika menghadiri majlis perkahwinan dipercayai kenalan mereka di Shah Alam, Selangor.

Hanya menulis kapsyen congratulations (tahniah) kepada pasangan mempelai, ruang komen pada gambar itu kembali menjadi hangat memperkatakan tentang hubungan Syed dan Emma. Ramai tidak menyangka mereka masih bersama namun mendoakan agar hubungan tersebut akan berakhir dengan perkahwinan. "Wow masih bersama! Tolong halalkan hubungan cepat ya. Saya doakan untuk kebahagian anda berdua.

"Boleh tak kalau nak sangat tengok Emma kahwin dengan Syed sebab anda berdua nampak sepadan sangat," antara komen pengikutnya di Instagram.

Apapun kalau dah suka sama suka apa lagi kan. Sila naik pelamin cepat-cepat guys!