Gambar Panas Mirip Pelakon Emma Maembong dan Abang Syed Saddiq Tular

TERKINI
January 28, 2019 - 01:54 PM


Sekeping gambar mirip abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bersama seorang wanita dipercayai seorang selebriti mirip Emma Maembong.

Gambar tersebut diterima secara eksklusif dan didedahkan oleh Kosmo! Online, Imej yang mereka paparkan mirip abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah bersama seorang wanita berdua-duaan dalam bilik.

Menurut sumber, wanita yang dimaksudkan adalah Emma Maembong dan gamber tersebut telah diambil kira-kira seminggu yang lalu. Tapi kalau nak ikutkan, memang banyak gambar Emma dan Syed Abdullah ni sebelum ni. 

Emma pun pernah menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 Syed Abdullah. 

Sebelum ni, memang Emma Maembong digossipkan ada hubungan mesra bersama abang kepada Syed Saddiq ini dan mereka pernah memuat naik gambar bersama-sama di IG masing-masing dengan kapsyen rakan karib.

Apa-apa pun, tunggu sahaja jawapan Emma dalam hal ini.

Sumber : Kosmo!Online