Ini "Rare" Muat 18 Penumpang Di Dalam Kereta Sebelum Ditahan Oleh Polis

TERKINI
September 20, 2018 - 11:57 AM


Afrika Selatan memegang rekod untuk teksi yang paling ramai penumpang yang dimuatkan dalam sejarah. Pemegang rekod adalah pada tahun 2009 di mana pemandu dari Khayelitsha di Cape Town berjaya membawa 112 penumpang dengan hanya menggunakan sebuah minivan yang hanya mempunyai tempat duduk maksimum sebanyak 26 penumpang sahaja.

Senario yang mengejutkan ini telah menjadi topik hangat di media sosial dan mendesak pihak berkuasa tempatan untuk menjadi lebih tegas dalam memastikan keselamatan orang ramai. Walaubagaimanapun dengan amaran berkali-kali dari pihak penguatkuasa lalu lintas untuk menghentikan amalan ini, banyak pemandu di Afrika Selatan masih berani melanggar undang- undang. Demikianlah juga pemandu ini, yang benar-benar cuba memampatkan 18 orang di dalam kereta yang hanya mempunyai 5 tempat duduk.

Pegawai Penguatkuasa yang bertugas telah melihat sebuah kereta yang mencurigakan dan meminta penumpang kereta tersebut untuk keluar. Kejutan pertama adalah terdapat 11 penumpang di bahagian tempat duduk belakang termasuk seorang wanita dan seorang anak dan lima orang lelaki dalam bahagian boot.

KeN: Persoalannya sekarang, bagaimana mereka berjaya menyembunyikan diri?