Izzu Islam Jujur, Ahli Forteen Fake! Itu Kata Netizen



Izzu Islam keluar dari ahli kumpulan Forteen. Nampaknya isu Forteen ini lagi kecoh dari juara Gegar Vaganza 5 (GV5) iaitu Noryn Aziz. Setelah tamatnya GV5, perjalanan Izzu Islam sebagai ahli Forteen juga turut terhenti. Keputusan ini agak mengejutkan buat peminat mereka kerana dari awal bermulanya GV5 tidak nampak pertenglingkahan antara mereka.

Tiba-tiba pada acara karpet merah malam akhir GV5 , Izzu Islam mengumumkan penarikannya dari kumpulan ini. Dipercayai akibat tidak lagi sehaluan. 

Menurut temubual dari Izzu, 3 ahli kumpulan Forteen masing-masing memulaukannya, entah kenapa sebab hanya mereka yang tahu.

Hasil dari temubual dari kedua-dua belah pihak pula, rata-raya menyokong Izzu Islam manakala One, Aris dan Ameer dikatakan FAKE dari hasil temubual. 

Jom kita tengok antara komen-komen Netizen tentang isu ini.

Boleh tahan mulut netizen ni. Haha. Jom kita layan pula video mereka.

Video temubual bermasa Izzu Islam

Video temubual One, Aris dan Ameer

Huh macam One Direction pulak diorang ni. Tapi bagi kami Izzu Islam tiada masalah kalau membawa haluan sendiri. Cuma sedihnya persahabatan selama 7 tahun mereka rasanya tak patut berakhir seperti ini!