Juri Masterchef UK Dihentam Gara-Gara Komen Rendang Ayam Tak Garing!



Bila sebut bab makanan, jangan main-main dengan orang Malaysia. We take our food seriously okay! Itulah yang terjadi kepada seorang juri Masterchef UK dan juga seorang pengacara TV yang mengkritik masakan seorang peserta yang berasal dari Malaysia itu.

Gregg A Wallace dikatakan telah mengeluarkan komen yang membuatkan twitternya ‘diserang’ oleh netizen Malaysia yang tidak berpuas hati dengan komennya tersebut. Mana tidaknya, dia mengatakan masakan ayam rendang yang dimasak oleh peserta itu tidak garing!

What? Rendang tak garing?

Memanglah, mana ada orang masak ayam rendang sampai garing!

 

Selain komen tak garing tersebut, dikatakan rendang pada ayam tersebut buatkan dia tidak boleh makan hidangan tersebut.

Disebabkan komen ini, Masterchef UK turut diserang dan dihentam oleh netizen, termasuklah Chef terkenal John Torode yang mengatakan ayam yang dihasilkan oleh peserta tersebut agak keras dan tiada rasa.

Well, kita tak tahu macam mana rasa rendang tersebut, cuma itulah, kes ini buatkan semua rakyat Malaysia dan juga pencinta masakan seluruh asia bergabung untuk hentam Masterchef UK. 

Cuba tengok ini :

 

 

 

Itulah, lain kali jangan buat main pasal masakan atau makanan dengan orang Malaysia. Hehehe...

=aj=