Kontroversi Rendang ‘Crispy’ – Juri MasterChef UK Beri Penjelasan



Sehari dua ni, media-media sosial penuh dengan isu kontroversi ‘rendang crispy’. Mana tidaknya, seantero Asean bergabung menghentam juri rancangan UK tersebut. Secara tidak langsung, Indonesia seakan-akan ‘back-up’ Malaysia dalam isu ini.

Gregg Wallace merupakan invidu yang menjadi mangsa kecaman netizen tersebut. Ini semua disebabkan komennya kepada masakan peserta Malaysia yang mengatakan kulit ayam rendangnya tidak garing.

Sedar akan kritikan berat yang diterima oleh beliau dan juga seorang lagi chef, panel juri tersebut telah ditemuramah dalam rancangan Good Morning Britain dan memberikan penjelasan terhadap komen yang mereka diberikan terhadap hidangan Zaleha.

Menerusi temubual berkenaan, Gregg berkata :

“Saya tidak bermaksud ia harus digoreng, saya maksudkan hidangan tersebut tidak cukup masak”.

Gregg juga menjelaskan penyingkiran Zaleha bukanlah disebabkan hidangan tersebut, Cuma peserta lain lebih menyerlah.

Gregg juga akui penggunaan perkataan rangup tersebut adalah salah dan dia sebenarnya maksudkan yang ianya kurang masak.

Jom kita dengar penjelasan mereka disini :

Dan kalau korang yang terlepas isu ini, boleh baca dekat sini :

Juri Masterchef UK Dihentam Gara-Gara Komen Rendang Ayam Tak Garing!