"Langgar Betul-Betul Kang" - Lelaki Dedah Taktik Warga Asing Mintak Wang Pampasan

TERKINI
October 09, 2023 - 05:28 PM


Isu lambakan warga asing di Malaysia semakin hari semakin merisaukan. Sejak kebelakangan ini banyak kes jenayah yang berlaku melibatkan warga asing. Baru-baru ini, di platform TikTok, @aimansyazwan56 mendedahkan cara terbaru warga asing untuk memperdaya pengguna jalan raya.

@aimansyazwan56

desa mentari problem

♬ original sound - HarlunaQ

Berdasarkan video rakaman dashcam yang dimuatnaik, insiden ini berlaku di sekitar kawasan Desa Mentari, Petaling Jaya. Jika dilihat, pemandu kereta yang sedang  melalui satu jalan dan membawa keretanya dengan cukup perlahan.

Secara tiba-tiba, seorang warga asing melompat keluar ke tengah jalan dan terus merebahkan diri. Ini merupakan percubaan warga asing itu untuk meminta duit kononnya dilanggar oleh kereta tersebut. Mujur rakaman video dashcam itu boleh dijadikan bukti.

Maka pemandu sekalian, wajarlah anda lengkapkan kereta anda dengan dashcam untuk mengelak dari perkara sebegini berlaku!

Destination: