Malaysia Dianggap Kolot Kerana Tak Menyokong 'Golongan Pelangi'

TERKINI
June 13, 2023 - 04:46 PM


Umum mengetahui Malaysia memang tidak mengiktiraf gerakan songsang lesbian, gay, biskesual dan trans (LGBT) jelas melawan hukum manusiawi yang mana sepatutnya berpasangan dengan orang berlainan jantina.

Malaysia telah diletakkan sebagai negara kedua di hadapan Arab Saudi, Malawi dan Emiriah Arab Bersatu selepas menolak dan tidak menyokong secara terang-terangan hak transgender dan dikatakan yang paling teruk bagi golongan tersebut, menurut laporan Indeks Hak Trans Global yang dikeluarkan baru-baru ini.

Markah telah diberi atau dipotong berdasarkan perlindungan negara berkenaan mengenai hak-hak sedia ada untuk golongan songsang tersebut seperti hak bekerja, perlindungan undang-undang, kadar kematian transgender, keganasan dan diskriminasi.

Sementara itu Guyana menjadi negara paling terburuk bagi golongan LGBT kerana bilangan pembunuhan melibatkan kumpulan terbabit menjadi yang tertinggi. Malaysia diberi markah -105 dan penarafan serendah 'F' dengan laporan yang dikeluarkan oleh penyelidik Asher dan Lyric Fergusson menyebut bahawa golongan trans menjadi sasaran polis.

Menurut kajian terbabit, Malaysia, Arab Saudi, Malawi dan Emiriah Arab Bersatu merupakan negara yang paling teruk bagi orang trans. Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai perlindungan pekerja, diskriminasi dan dianggap penjenayah. Berpakaian seperti wanita atau cross dressing dihukum dengan penalti sehingga penjara di 8 daripada 10 negara paling teruk bagi golong tersebut.

Hak transgender kekal tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini merampas jam tangan Swatch dari dijual kerana berkait dengan gerakan hak LGBT dalam pemakaian seseorang. 

Benda begini elok dihalang sekeras-kerasnya oleh kerajaan dan sepatutnya masyarakat lebih memahami yang golongan sebegini akan menimbulkan penyakit yang pelik-pelik serta mengucar-ngacirkan komuniti.

Sumber berita : The Vocket