"Menakutkan" - Viral Satu Keluarga Mengakui Nabi Muhammad Sebagai Tuhan

TERKINI
July 20, 2023 - 01:17 PM


Viral di platform media sosial, beberapa video yang memaparkan kenyataan dari beberapa pengikut ajaran sesat Sihulk dan mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah.

Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka, iaitu melalui akaun Facebook Nurul Sakinah Noor Hashim kelmarin dan telah pun dipadamkan.

Namun, seorang pengguna Facebook sempat menangkap layar komplasi posting para pengikut ajaran sesat ini di platform Facebook. Difahamkan, menurut Jabatan Agama Islam Johor setiap pengikut yang memuatnaik video mereka sedang berada di luar negara.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menerusi satu kenyataan memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.

Suhaini yang turut dipanggil Suhai Ibni Mohammad, Si Hulk atau apa jua gelaran dikaitkan dengannya, didapati membawa pelbagai fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Islam, antaranya mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.

Terkesan dengan rakaman tersebut, orang ramai menggesa pihak berkuasa untuk segera bertindak mengesan kumpulan pengikut ajaran sesat itu meskipun ketuanya didakwa telah melarikan diri ke New Zealand pada Jun lalu.

Destination: