"Mungkin Ini Akan Memberi Kesan"- Daiyan Trisha Tetap Pertahankan Palestin

TERKINI
October 17, 2023 - 11:41 AM


Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha menjadi antara selebriti yang mempertahankan hak rakyat Palestin. Meskipun beliau agak lambat menunjukkan sokongan di media sosial, pelakon muda itu akhirnya memuat naik sebuah hantaran di media sosialnya.

Hantaran Daiyan Trisha di media sosial peribadinya

"Assalamualaikum, mungkin hantaran ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama," ujarnya.

Biarpun hantaran yang dilakukannya itu berkemungkinan besar akan menjejaskan hubungan kerjanya dengan jenama antarabangsa, pelakon itu percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah.

"Rezeki ada di mana-mana dan Allah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini. Alhamdulillah," katanya.

Dalam hantaran yang sama, Daiyan turut menjelaskan bahawa dia tidak mampu untuk berdiam diri dengan penderitaan yang dihadapi oleh umat Islam di Gaza.

"Saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlakukan dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka.

"Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda Zionis yang sudah terang lagi bersuluh sebuah penipuan yang tidak masuk akal. Selama ini saya kerap bersuara, dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diktiraf di persada yang berbeza - malah saya akan bersuara dengan lebih lantang," katanya.

"I STAND WITH PALESTINE," ujarnya tegas.

Selain menyatakan sokongan di media sosial, Daiyan juga turut memberi sumbangan sebanyak RM20,000 untuk disalurkan kepada penduduk Gaza menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan menyeru orang ramai bersedekah buat mangsa kekejaman di sana.

Kredit: Harian Metro

Destination: