"Nak Tengok Dah Sunat Ke Belum" - Ibu Bapa Lapor Polis, Pekerja Kedai Tarik Seluar Anak

TERKINI
August 29, 2023 - 05:09 PM


Pedofil adalah antara golongan manusia yang patut kita banteras dan awasi. Viral di platform Facebook, sepasang suami isteri membuat laporan polis terhadap seorang pekerja restoran yang didakwa telah mencabul anakya.

Menurut posting tersebut, anak lelakinya yang masih bawah umur dicabul oleh seorang pekerja restoran. Mangsa dicabul ketika dia mahu menggunakan tandas pada premis tersebut.

"Selepas anak balik dari sekolah, kami terus pergi ke kedai makan ini. Anak bujang nak ke tandas. Bila kembali ke meja, dia menangis. Bila ditanya kenapa, dia senyap dan terus tak makan.

"Di dalam kereta, anak cerita salah seorang pekeria di kedai itu telah menarik seluarnya ketika dia mahu ke tandas. Siap cakap, 'Nak tengok dah sunat ke belum'," kata dalam hantaran di Facebook Group Semenyih.
Terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya, pengadu terus berpatah balik dan berdepan dengan lelaki terbabit.

"Saya patah balik dan tegur pekerja tersebut.

Tetapi dia macam tak ada buat salah apa-apa pun. Budak-budak kecil ini mana pandai berbohong.

"Kemudian bos dia datang memohon maaf kepada kami. Kalau ikutkan, kami nak buat laporan polis. Tetapi kami fikirkan periuk nasi orang," katanya.

Namun selepas berbincang, pengadu nekad membuat laporan polis agar pekerja terbabit dikenakan tindakan lanjut.

"Saya cuma pesan pada bos dia, orang seperti lelaki ini tidak bole diambil bekeria dan akan memburukkan bisnes," katanya. Tuan kedai turut memberi maklumbalas terhadap insiden tersebut. Beliau menyatakan pekerja tersebut telah pun dipecat.

Ibu bapa wajar mengawasi anak-anak dan elakkan dari mereka berkeliaran bersendirian kerana pedofil ini cukup licik dan bijak untuk mengambil kesempatan pada bila-bila masa sahaja.

Destination: