Netizen Malaysia Kutuk Perkataan ‘Babi’ Di Instagram Dua Lipa



Pelik-pelik je perangai netizen Malaysia ni. Ingatkan dah bertamadun. Tapi… Malas lah nak komen lebih-lebih.

Terbaru, penyanyi International Dua Lipa pula menjadi ‘mangsa’ kritikan netizen Malaysia yang kurang bijak gara-gara perkataan ‘Babi’.

Menurut laporan, Dua Lipa hanya memuat naik sekeping gambar bersama ayahnya sempena ulangtahun kelahiran bapanya Dukagjin dan menggunakan caption “Happy birthday babi, I wish I was home to give you big hug and kiss”.

Tapi itu lah, netizen Malaysia yang kurang adab ini telah memasuki ruang komen dan mengecam Dua Lipa kerana perkataan tersebut yang mana hakikatnya ia bermaksud Ayah dalam bahasa Albania.

Beberapa komen netizen mengatakan ‘babi’ adalah khinzir dalam Bahasa Malaysia. LOL!

Gara-gara komen tersebut, Dua Lipa kemudian mengubah caption kepada Happy Birthday Dad. 

Pelik kan netizen Malaysia? Benda macam tu pun nak dijadikan isu. Itu bahasa dia, biarlah dia nak guna pun. Korang kecam kenapa?? Dah itu Bahasa dia. 

Tapi, profesionalisme Dua Lipa memang nampak lah. Selain dia tidak upload video hentam balik netizen Malaysia, ataupun post gambar kecam balik macam sesetengah artis di Malaysia ni. Senang cerita, dia tak amik 'port' pun. 

Dua Lipa dijangaka akan mengadakan tour ke Malaysia pada bulan Mei nanti. Harap beliau sudi lah datang sini lepas apa yang terjadi.

 

Nota Kaki : Kalau macam tu, korang yang kecam dia tu toksah pakai perkataan ‘etika’ sebabnya ‘etika’ tu maksudnya ‘Bontot’ dalam bahasa Albania!

 

 

=aj=