"Pensyarah Paling Sempoi!" - Aksi Pensyarah Masuk Kelas Naik Basikal Jadi Bualan

TERKINI
October 13, 2023 - 04:33 PM


Zaman bergelar seorang mahasiswa adalah satu pengalaman yang mungkin dilalui cuma sekali dalam kehidupan. Jadi, selain dari berusaha untuk mencapai segulung diploma mahupun ijazah sudah tentu anda ingin mencipta memori indah bersama rakan sekelas mahupun tenaga pengajar.

Viral di platform TikTok, seorang mahasis memuatnaik aksi spontan salah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah.

@nrfqasyrhs

penat kadang-kadang dapat lecturer random HAAHAHAHAH

♬ original sound - greentea lover

Berdasarkan video, Dr. Mahadirin yang merupakan seorang pensyarah yang mengajar subjek undang-undung itu memasuki kelas dengan menunggang sebuah basikal. Aksinya yang masuk kelas dengan berbasikal itu berjaya mencuit hari para pelajar.

Orang ramai turut teruja dengan aksi spontan tersebut dan menyatakan hasrat untuk menjadi seorang mahasiswa semula jika diajar oleh seorang penysarah yang begitu spontan dan fun! Kita yang tengok video pun tepuk tangan bila sir tu pose!

Destination: