Sampai 'Hang' Online Ticketing Panggung! Jom Tengok Trailer Filem Mengenai BTS – Burn The Stage

TERKINI
October 26, 2018 - 12:15 PM


Kontroversi yang melanda kumpulan K-Pop paling sensasi abad kini BTS nampaknya sikitpun tak menjejaskan populariti dan pengaruh kumpulan berkenaan.

Demi menghargai peminat, BTS nampaknya akan hadir dengan filem pertama mereka iaitu ‘Burn The Stage’ yang trailernya baru dilancarkan.

Melalui Burn The Stage ni, peminat akan diperlihatkan kisah dibelakang tabir apa yang dilalui oleh setiap anggota BTS dan juga perjalanan BTS sendiri sebelum ke tahap sekarang. Lebih kurang macam konsep dokumentari muzik jugak ni.

Di Malaysia, tayangan akan bermula pada 15 November 2018. Dengar cerita, haritu tergendala jugaklah sistem tiket online di pawagam-pawagam utama negara. Semua gara-gara peminat BTS yang tak ingin lepaskan peluang menyaksikan idola-idola mereka di layar perak.

Dengar cerita, filem ini dihasilkan berikutan sambutan luar biasa siri Youtube yang diperkenalkan oleh BTS sendiri. BTS dianggotai oleh RM, V, Jimin, Jin, Jungkook, Suga dan J-Hope .

Sementara nak tunggu file mini keluar, kita layan trailer dulu lah :

Kalau korang nak beli tiket Burn The Stage The Movie ni cubalah dekat website GSC ni.