Sebak Di Babak Pengakhiran ‘Maze Runner: The Death Cure’

GAYA HIDUP
January 25, 2018 - 06:07 PM


Korang dah tengok filem terbaru Maze Runner: The Death Cure. Admin baru je tengok semalam. bagi admin filem terakhir untuk franchise lagi awesome dari filem kedua. 

Thomas buat kali yang terakhir ingin menembusi Last City, kubu kuat organisasi WCKD untuk menyelamatkan Minho, rakan mereka yang diambil oleh WCKD. Last City adalah terakhir dengan sistem sekuriti yang hebat dan Thomas memerlukan segala pertolongan yang ada untuk menembusi kota ini.

Selepas beberapa bulan kubu kuat mereka diserang, Newt dan Thomas tanpa menyerah kalah terus rakan mereka Minho yang diambil WCKD. Minho merupakan aset paling bernilai kepada WCKD kerana Minho dapat mengekstrak penawar untuk virus Flare yang menghantui mereka selama ini. Thomas bukan sahaja mahu menyelamatkan Minho, tetapi juga Teresa kekasih hatinya.

Jadi bagaimana filem terakhir Maze Runner ini? Filem ini tidak memerlukan character development kerana anda sudah pun mengenali setiap watak yang ada dalam filem ini berdasarkan dua filem yang lalu. Jika anda terlepas salah satu filem dari franchise ini, mungkin anda akan sedikit sukar untuk relate beberapa watak yang ada dalam filem ini.

Paling menarik adalah ada seorang watak dari filem yang pertama akan membuat kemunculan kembali dan membantu Newt dan Thomas untuk memasuki Last City. Semua orang jangkakan beliau ini sudah mati tetapi tidak sebenarnya. Siapa dia? Itu anda kena tonton sendiri. Ianya sangat unexpected dan saya sendiri pun teruja dengan kembalinya watak ini.

Overall cerita ini best.