Semua Pegawai Dan Anggota PDRM Tidak Akan Dinaikkan Pangkat Jika Berat Badan Berlebihan…
TERKINIPengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata dalam satu laporan bahawa setiap anggota serta pangawal perlu melepasi ujian BMI bagi memastikan berat badan mereka ideal.
Semua anggota dan pegawai PDRM berdepan kemungkinan tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat jika berat badan mereka berlebihan. Langkah ini bertujuan unutk menerapkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga PDRM.
Ketika ditemui pemberita pada satu program kayuhan basikal di Perlis, beliau bersama pegawai dan anggota PDRM Kontijen Perlis turut membuat kayuhan basikal sejauh 20km yang juga turut disertai oleh Ketua Polis Perlis.
Program kayuhan ini adalah selaras dengan objektif pengenalan program ‘Trim and Fit’ yang dilancarkan tahun lepas. Program ini diadakan supaya semua anggota dan pegawai berada dalam tahap kesihatan yang baik.
Nampaknya, lepas ni lagi ramai lah abang polis yang ‘sado’.
p/s : Jangan semua mintak kena saman sebab nak jumpa abang polis sado sudahlah… =)
Sumber : mStar