Tenang Biarpun Mendarat Kurang Kemas, Orang Ramai Tetap Beri Semangat Kepada Wira Negara!

TERKINI
September 01, 2023 - 05:22 PM


Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 telah disambut dengan begitu meriah! Sekaligus telah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai persembahan dan  perarakan daripada pelbagai kontinjen negara telah dilakukkan dengan jayanya semalam di Dataran Putrajaya

Antara persembahan yang mencuri tumpuan sudah tentu aksi payung terjun dari para Komando VAT69! Namun, ada satu video yang menarik perhatian orang ramai.



Viral satu video di platform TikTok yang memaparkan seorang penerjun negara yang mendarat dengan tidak kemas. 

@redsparrow4345

 

♬ Warisan - Dato' Sudirman


Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang penerjun dilihat mendarat dengan kurang baik. Perkara itu disebabkan angin kencang di atas yang menyebabkan penerjun itu tidak stabil. Dia dilihat tenang melipat payung sambil bergegas ke arah pasukannya. 

Namun, berdasarkan komen orang ramai pada video tersebut jelas terpancar penghargaan terhadap keberanian dan juga bangga akan jasa para perajurit negara! Yang penting, tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku! Tahniah buat semua kontinjen! 
 

Destination: