Terbaru – Indonesia Nak ‘Claim’ Cendol Pulak



Cendol merupakan pencuci mulut yang sangat diminati dan terkenal di Malaysia sejak dulu lagi. Ais yang dikisar, ditambah pulak santan dengan gula melaka, memang kombinasi yang sempurna.

Dikatakan sudah mula bertapak di Malaysia seawal 1930-an lagi, sesetengah perniagaan cendol ni memang dah mengusahakan perniagaan cendol ni untuk beberapa generasi.


Cendol VIetnam

Selain di Malaysia, cendol juga boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara seperti Filipina, Vietnam dan Thailand. Kalau di Vietnam, namanya che ba mau. Thailand nama dia lod chong dan di kepulauan Jawa dipanggil Jendol atau Cendol.


Lod Thong di Thailand

Kalau nak diikutkan, kita sendiri belum dapat pastikan siapakah pencipta cendol sebenar. Namun, setiap cendol di negara di Asia Tenggara ini mempunyai identiti yang tersendiri.

CNN Keluarkan Artikel Senaraikan Cendol Dari Indonesia

Walaubagaimanapun, baru-baru ini CNN dalam satu slot CNN Travel yang telah dikemaskini bertarikh 8 April 2018 telah senaraikan Cendol Indonesia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia.

Tetapi, pada asalnya penyenaraian itu turut dibuat pada tahun 2017 dan CNN travel telah meletakkan Cendol Malaysia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia.

Seperti biasa, perkara ini telah menjadi perbualan hangat dari netizen di kedua-dua negara dan masing-masing mempunyai hujah tersendiri.

Walaupun begitu, salah satu portal antarabangsa juga iaitu The Guardian bertarikh 28 May 2017 telah memuat naik satu artikal berkenaan Cendol Tradisional Malaysia sebagai hidangan pencucui mulut dari tradisi Baba dan Nyonya dari Melaka.

Kalau nak diikutkan,  ini bukanlah kali pertama Indonesia berbuat demikian. Mereka juga mendakwa banyak perkara dari Malaysia adalah milik Indonesia seperti Batik, Tarian Kuda Kepang, Rendang dan juga lagu Rasa Sayang.


Cendol di Indonesia

Tetapi, posting ini bukanlah bertujuan untuk memprovokasi, cuma lebih kepada perkongsian dan penerangan. Bukan apa, budaya, tradisi, makanan kedua-dua negara boleh dikatakan seakan-akan sama. Kita ibarat saling melengkapi.

Dalam kes cendol tadi pulak; sebenarnya tidak banyak beza antara cendol yang terdapat di Malaysia mahupun di Indonesia. Sama juga dengan negara-negara Asian yang lain kerana bahan asasnya tetap sama iaitu jeli hijau yang diperbuat dari tepung beras, santan dan juga gula merah sebagai pemanis.