[VIDEO] Lelaki Misteri Berdarah Gelongsorkan Diri Ke Dalam Lubang Sedalam 20 Kaki

TERKINI
October 11, 2023 - 01:32 PM


Satu insiden mengejutkan berlaku di tengah pusat bandar New York! Seorang lelaki misteri nekad untuk menggelongsorkan dirinya yang telah cedera masuk ke dalam satu lubang di tapak memorial tragedi 9/11. 'Lubang Hitam' yang berada di tengah kolam itu sedalam 20 kaki. 

Setakat ini, identiti lelaki 33 tahun itu masih misteri. Menurut orang ramai, sebelum kejadian itu berlaku lelaki tersebut dipercayai terjun ke dalam kolam itu sebelum menghampiri 'lubang hitam' yang berada di tengah kolam. 

Disebabkan itu, kakinya tercedera sekaligus hanya mampu mengesot dan nekad untuk menggelongosorkan dirinya ke dalam lubang tersebut. Mujur pihak bomba sempat untuk menyelamatkan nyawa lelaki misteri itu. Apabila disoal mengapa dia bertindak sedemikian, beliau mengatakan ia untuk ayahnya.

Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital dan sedang menerima rawatan di atas kecederaan bahagian belakang dan kakinya.

Destination: