IKEA Dalam Perancangan Hasilkan Perabot Khas Untuk Gamers



Semakin hari, semakin banyak inovasi dan teknologi yang diperkenalkan oleh syarikat-syarikat pengeluar untuk memenuhi permintaan pasaran. Dalam era kini, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita menghabiskan masa dengan gajet dan gaya hidup digital.

Sejajar dengan perkembangan dan juga ‘kebangkitan’ e-sukan pada masa kini, syarikat pengeluar perabot terkenal dari Sweden, Ikea juga tidak mahu ketinggalan.

Sedar akan potensi yang ada, Ikea mengumumkan dalam perancangan untuk mengeluarkan barisan perabot yang dihasilkan khas untuk pemain – pemain game. Menurut kefahaman kami, Ikea akan lebih memfokuskan kepada perabot yang personalized.

Dengan kerjasama firma UNYQ dan juga syarikat e-gaming, Area Academy Ikea nampaknya bersedia untuk mengeluarkan barisan produk mereka seawal tahun 2020. Memetik kenyataan yang dikeluarkan, Ikea berhasrat untuk memenuhi keperluan seorang pemain permainan video seperti menyediakan kerusi, meja dan juga aksesori seperti lampu yang boleh mempengaruhi prestasi pemain-pemain ini.

Menerusi prototaip awal yang dikeluarkan, Ikea menayangkan kerusi tinggi dengan lengkukan yang diperbuat daripada plastik dan juga kusyen yang direka supaya mengikut bentuk bahagian punggung. Ini menjanjikan kedudukan yang selesa kepada pemain.

Apa yang dilakukan oleh Ikea adalah menggunakan teknologi 3D printer, pengimbas dan ia akan mengikuti bentuk bahagian punggung setiap pembeli. Dengar macam pelik kan, tapi itulah yang mereka janjikan sekiranya produk ini direalisaikan satu hari nanti.

Apabila memasuki pasaran perabot berkenaan gaming ni, Ikea mengharapkan dapat memenuhi permintaan atau setidaknya marketnya nanti tertumpu kepada 2 billion gamers di seluruh dunia.

Cantik sangat lah kalau siapa yang nak rumah dia barang-barang Ikea je nanti. Setidaknya, dapat masuk dengan tema rumah. Hehe.