Jam Eksklusif dan Rare G-Shock Sempena Ulang Tahun Bic Mac

GAYA HIDUP
April 13, 2018 - 03:09 PM


Pada awalnya, kami ingatkan jam ini hanyalah ‘custome-made’ oleh peminat atau pengumpul G-Shock. Ternyata kami silap.

Bersempena dengan ulangtahun salah satu menu di McDonald’s iaitu Big Mac yang ke-50, G-Shock telah menghasilkan sebuah jam eksklusif dengan mengambil inspirasi daripada burger berkenaan.

Muka jam akan mempunyai grafik BigMac serta tali jam berkenaan mempunyai warna yang sama.

Sebab pemilihan Big Mac sebagai inspirasi adalah statusnya sebagai burger yang paling digemari dan boleh kata ‘signature’ di McDonald’s sejak diperkenalkan pada tahun 1967.

Selain daripada strap dan paparan jam yang dihiaskan dengan warna oren,hijau dan perang iaitu warna yang cukup sinonim untuk menggambarkan lapisan Big Mac, bungkusan istemewa berbentuk burger juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan jam ini rare.

Difahamkan hanya ada 1000 unit sahaja yang akan berada di pasaran Jepun dan akan dijual pada harga 14,900 yen (RM540). Untuk anda yang berminat nak dapatkan jam ini, boleh cuba di Rakuten dan ia akan mula dijual pada esok (14 April).

 

p/s : Kotak pun dah macam kotak Big Mac tau, jangan tersilap sudah… Hehehe