6 Perkara Yang Sering Buatkan Anda Menyesal Tak Ambil Insurans Perjalanan

TRAVEL
August 15, 2018 - 02:55 PM


Insurans perjalanan, perkara yang selalu jugaklah kitorang tekankan kalau korang nak travel. Bukan apa, tak susah nak dapatkan travel insurans, dan harganya pulak tak adelah mahal mana. Satunya, sebab kitorang tahu betapa pentingnya travel insurans ni.

Kalau korang sentiasa ambil insurans perjalanan, bagus. Teruskan.

Ada jugak yang jenis bila travel tempat-tempat yang berisiko tinggi, baru nak apply. Tapi tak apa, asalkan korang apply. Tak susah sekarang ni, sebab korang boleh dapatkan insurans perjalanan ni online je.

Jom baca perkara yang berkemungkinan terjadi dan sebenarnya biasa terjadi dekat traveller dan bila dah jadi dekat diri sendiri, baru nak menyesal. Kalau korang tak berapa sure lagi, ini ada 6 perkara yang mungkin terjadi kepada korang, dan kesemuanya di’cover’ dalam travel insurans.

#1. Beg ‘cheked-in’ Hilang/ Rosak

Sebenarnya, baik beg yang dicheked-in, mahupun yang kita carry atas penerbangan, kalau belaku kerosakan atau benda yang paling kita takut, hilang, insurans boleh cover. Tapi, bergantung kepada bayaran dan company yang tawarkan insurans tu lah.

Ada sesetengah boleh dapat pampasan sehingga RM2500. Ha, mana lah tau, ada laptop ke, barang berharga korang ke, sekurang-kurangnya, ada pampasan.

 

#2. Pickpocket

Ha, antara benda yang selalu sangat kita tengok dekat page-page berkenaan travel. Penyeluk saku ni, ada dekat mana-mana, dan diorang ni sangat pantas buat kerja.

Kadang-kadang, se-awal korang jejakkan kaki, dah ada mata yang memerhati. Kalau terleka sikit, beg kena toreh la, zip terbukak, dan baru kita perasan wallet ataupun dokumen-dokumen penting perjalanan kita hilang.

Untuk dokumen, kitorang cadangkan, korang snap gambar, scan, atau simpan satu salinan softcopy dalam google drive atau cloud. Jadi kalau apa-apa terjadi, korang boleh dapatkan balik softcopy tu, ini untuk tujuan buat laporan polis ye.

Kalau ada travel insurans, balik Malaysia nanti boleh claim. Ada plan yang bagi sehingga RM1000 untuk dalam negara dan RM1,500 untuk luar negara. Tapi lapiran kena dibuat dalam masa 24jam lah.

 

#3. Kemalangan/ Perlukan Rawatan

Ini adalah perkara terakhir yang kita nak terjadi dekat diri kita masa travel.

Sekiranya korang perlukan rawatan segera atau perlukan rawatan dekat hospital, dah tentu bil nanti mahal. Kena pulak korang jenis travel tak bawak duit banyak, dah tambah satu perkara nak dipeningkan.

Sekali lagi, kalau ada travel insurans kan, korang akan dicover sehingga RM100,00 dan macam tadi jugak, bergantung kepada plan insurans korang. Memang korang ada amik insurans, tapi sekali tengok ini diorang tak cover, itu diorang tak cover, susah jugak. Jadi, fahamkan plan yang korang ambil tu ye.

 

#4. Beg Yang Korang Checked-In ‘Travel’ Tanpa Korang

Ha, jangan gelak. Tapi ini pernah terjadi. Tuan badan sampai, beg sampai ke airport lain. Ataupun naik flight lain. Punyalah korang tunggu dekat tempat ambik beg tu, tak muncul-muncul jugak beg.

Sebenarnya, kalau beg korang tak tiba di lokasi dalam masa 6 jam daripada korang mendarat, korang boleh claim sehingga RM500. Ini untuk ‘shopping’ barang-barang keperluan korang, sementara tunggu beg korang ‘balik’ dari tempat dia melancong tu.

Kalau confirm hilang, rujuk point nombor 1.

 

#5. Flight Delay – sampai kesudah.

Mula-mula, delay 10 minit, membawa ke 30 minit, sejam, pastu mereputlah korang dekat Airport tu.

Flight delay ni memanglah bukan ‘salah kita’ tapi, ia jugak salah satu perkara yang boleh membuatkan mood travel korang tu hilang. Iyelah, start dari flight delay, mungkin korang ada pulak connection flight selepas tu, dah yang tu pun terlepas.

Untuk kes delay ni, boleh jugak korang dapat pampasan kalau ada travel insurans. Syarat dia, delay tu disebabkan kekecohan awam, tindakan perindustrian, keadaan cuaca yang buruk atau kerosakan mekanikal. Untuk flight yang delay, korang boleh dapat RM200 setiap 6 jam yang penerbangan korang delay tu.

Kalau korang terlepas flight seterusnya disebabkan delay tu, korang boleh dapat maksimum sehingga Rm1000.

 

#6. Terpaksa Batalkan Trip Atas Sebab Yang Tak Dapat Dielak

Kita hanya merancang, Dia penentu segalanya. Korang takkan tahu apa yang akan terjadi sehinggalah korang dah boarding. Kebiasaannya kalau kita terpaksa cancel, pertama mestilah duit flight tu burn, kedua; hotel, kalau yang jenis tak boleh refund lah.

Kalau ada travel insurans; missal kata korang sakit teruk dan tak boleh travel, atau flight cancel disebabkan faktor cuaca dan sebagainya korang boleh dapat pampasan antara RM3,500 sehingga RM8,000. Ini bergantung lah dengan plan yang korang ambil. 

Kesimpulannya, malang tak berbau, laburlah sikit duit untuk mendapatkan travel yang tak peningkan kepala korang. Ini tidak, kalau kena salah satu yang atas ni, dah serabut kepala.

Jadilah traveller bijak 😉