Cara Mudah ‘Buat Kawan’ Semasa Travel Ke Negara Lain



Sebelum ni, kitorang ada kongsikan perkara-perkara yang tak best pasal solo travel dan ramai jugak bersetuju dengan perkara-perkara yang kitorang kongsikan tu.

Kali ini untuk korang yang travel solo, kitorang akan ceritakan beberapa cara mudah nak ‘buat kawan’ semasa korang travel. Sekurang-kurangnya, tak ada lah trip korang tu jadi bosan sangat. Lagi-lagi kalau korang plan untuk tinggal atau travel dalam jangkamasa yang panjang.

Sebelum kita pergi jauh dalam topik ni, kena ingat, bukan semua orang ‘senang’ nak dijadikan kawan. Tapi dalam konteks travel ni, apa salahnya korang open-up sikit untuk terima kawan baru. Untuk jangka masa panjang, cuba korang bayangkan nanti kalau travel ke negara ‘kawan’ korang tu nanti, setidaknya dah ada kawan dekat sana.

Ini ada beberapa tips yang dari pengalaman kitorang sendiri untuk ‘buat kawan’ di tempat orang.

#1. Hostel

Secara jujurnya, backpackers hostel adalah tempat paling senang nak buat kawan baru. Salah satu sebabnya, kebanyakan yang tinggal di hostel ni terdiri daripada pelbagai jenis traveller dari merata dunia. Jadi, korang boleh berborak dan tanyakan pengalaman diorang.

Lagi satu, kebanyakan hostel ni dikendalikan oleh orang tempatan. Secara tak langsung, korang boleh dapatkan banyak tips dari orang tempatan sendiri. Kalau dapat yang baik, memang diorang siap tolong bawakkan.

 

#2. Media Sosial

Kebiasaannya medium utama yang korang boleh gunakan adalah Facebook, Instagram ataupun Travello.

Facebook dengan Instagram ni, mudah je. Korang carilah gambar yang ditagkan lokasinya, korang tanya orang yang post tu. Kalau dia masih dekat situ, boleh lah buat kawan. Di Instagram lagi mudah pada kami. Cari hashtag, tengok gambar terbaru. Kalau ada, cuba comment dan lihat respon mereka. Kalau nak berkawan, ajaklah jumpa dekat mana-mana.

Travello – okay. Yang ini mungkin korang jarang dengar tetapi ia lebih kurang macam Facebook, cuma dia memfokuskan dekat traveller.

Jadi, posting di dalam tu hanyalah berkenaan travel sahaja. Yang best pasal Travello ni, dia akan tunjukkan pengguna yang aktif dan berdekatan dengan korang.

 

#3. Blogger

Kebiasaannya, blogger tempatan ni ada media sosial diorang. Cuba approach diorang disana. Kalau kebetulan diorang free, ajaklah lepak sekali. Kebiasaannya diorang ni akan ‘open’ kalau nak lepak sembang-sembang dengan orang luar.

Dalam masa yang sama, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi-lah. Sebabnya, mungkin diorang ni kebiasaannya sibuk dan ada dekat kawasan lain.

 

#4. Kelas

Kalau korang nak jumpa atau cari kawan yang sama minat dengan korang, sign-up atau sertai mana-mana kelas yang korang suka. Misal kata korang suka melukis, cuba cari kelas melukis. Dekat sana, dah tentu-tentu orang yang minat melukis akan ada.

Kalau tak pun, cuba je apa-apa kelas yang korang rasa menarik. Yoga misalnya.

 

#5. Co-working Space

Kalau korang bekerja sambil travel, cari kawan dekat co-working space yang ada di kawasan tersebut. Kalau ada lah. Tak perlu nak pergi hari-hari, cukup sekali dua untuk tunjuk muka dan cari kawan.

Selain dapat kawan baru, korang  pun dapat bertukar-tukar idea nanti.


PESANAN : Jumpa orang baru ni memang best, cumanya sila berhati-hati. Sebab kita belum betul-betul kenal dia lagi. Tips yang utama, kalau perjumpaan pertama tu, jumpa lah di tempat yang ramai orang. Keselamatan diutamakan.

Jadi diri sendiri. Jangan nak berlakon, jadi plastik atau ‘menambah lauk’ dalam cerita korang hanya sebab nak nampak ‘cool’ dengan kawan baru nanti.

Jangan Paksa Diri – kalau tak suka, jangan paksa diri untuk suka. Lebih-lebih lagi kalau dalam satu-satu event. Kebiasaannya, diorang yang korang jumpa dekat event ni bukannya ‘sekepala’ pun.

Apa-apa pun, good luck untuk cari kawan masa travel nanti ye. =D