#TolakKomanwel: Rakyat Mahu Kerajaan Tolak Penganjuran Sukan Komanwel Di Negara Ini

SUKAN
March 19, 2024 - 03:34 PM


Sebelum ini, terdapat tawaran dari Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan Sukan Komenwel yang turut disertakan dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya.

Tawaran itu diberi kepada Malaysia susulan salah satu negeri di Austalia iaitu, Victoria menarik diri dari menganjurkan kejohanan tersebut untuk edisi 2026. 

Berita tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui sebilangan rakyat di negara ini. Buktinya, di platform media sosial X, sebilangan rakyat telah melancarkan tanda pagar #TolakKomanwel bagi menentang pemilihan negara ini menjadi tuan rumah bagi temasya tersebut.

Menurut segelintir rakyat di X, ramai yang berpendapat sekiranya Malaysia menjadi tuan rumah, maka perkara itu hanya akan membazirkan wang negara yang sepatutnya disalurkan bagi meringankan beban rakyat.

Bukan itu sahaja, mereka juga berpendapat dana yang bakal digunakan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan lebih baik digunakan untuk membina sekolah, hospital serta kemudahan lain yang akan menguntungkan rakyat berbanding menjadi tuan rumah kepada kejohanan tersebut. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Victoria menarik diri dari menjadi tuan rumah atas alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal iaitu sebanyak AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion). 

 

Sumber: X

Destination: