Himpunan Palestin Ada Ucapan 20 Pemimpin - "Ini Nak Berhimpun Ke Nak Berceramah?"

TERKINI
October 24, 2023 - 12:59 PM


Sebuah perhimpunan untuk menunjukkan sokongan kepada warga Palestin akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Himpunan yang diberi nama Malaysia Bersama Palestin itu akan berlangsung bermula pukul 7.30 petang sehingga 10.30 malam ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, (ABIM), Muhamad Faizal Abdul Aziz berkata, perhimpunan itu dijadualkan bermula dengan solat Maghrib disusuli solat hajat yang akan dipimpin oleh imam dan qari dari Palestin, Shaykh Rami As-Sousi.

Namun, timbul satu isu tentang himpunan tersebut sekali gus menimbulkan kemarahan warga internet apabila seorang individu di media sosial X berkongsi maklumat tentang aturcara himpunan tersebut.

Berdasarkan hantaran yang dibuat, himpunan tersebut akan diberi ucapan oleh 20 pemimpin dan akan disajikan persembahan dari artis tanah air.

 

 

Hal tersebut mencetuskan tanda tanya kepada netizen jika himpunan yang akan diadakan itu bertujuan untuk bersoladariti untuk Palestin atau sebaliknya.

"Ini nak berhimpun ke nak berceramah?" 

Seorang lagi pengguna X pula menyatakan bahawa himpunan tersebut kelihatan formal dan seperti himpunan politik.

"Terlalu formal dan macam perhimpunan politik. Daripada ucapan baik selitkan video palestin, anak2 dan ibu2 yang dibunuh oleh zionist." Ujar seorang pengguna X

Paling membingungkan, himpunan yang sepatutnya mengenang penderitaan Palestin ini akan diadakan persembahan Flashmob.

Seramai 20,000 peserta dijangka hadir menyertai perhimpunan malam ini dan peserta digalakkan memakai baju berwarna putih serta mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti Malaysia kepada Palestin.

Destination: