Tak Dapat Join Protes, Kanak-kanak Malaysia Anjur Perhimpunan Digital Pro-Palestin di Roblox

TERKINI
October 25, 2023 - 12:02 PM


Sejak isu Palestin menjadi tumpuan beberapa minggu kebelakangan ini, banyak perhimpunan dianjurkan untuk menunjukkan soladariti terhadap Palestin dan dihadiri oleh ratusan ribu manusia. 

Namun, perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan itu tidak dapat disertai oleh kanak-kanak atas faktor umur yang muda dan juga keselamatan. 

Hal tersebut menyebabkan sebilangan kanak-kanak Malaysia menganjurkan perhimpunan digital pro-Palestin di Roblox yang bertujuan untuk membantah pendudukan Israel di Palestin. Arena maya dimana tempat berlakunya 'perhimpunan' tersebut dicipta oleh @ROSHAnotGamer, pemain Malaysia dengan kira-kira 219,000 pengikut TikTok.

Video yang dikongsi di platform X tersebut mendapat perhatian ramai kerana dapat dilihat perhimpunan besar oleh pemain-pemain dari pelbagai negara.

Yang menariknya, perhimpunan tersebut berjaya dihadiri seramai 200 pemain dan karakter-karakter mereka dilihat mengibarkan bendera Palestin.

Seorang pengguna X daripada Algeria juga berkongsi bahawa sepupunya yang berusi 15 tahun telah menyertai protes di dalam Roblox itu.

Video yang menunjukkan kanak-kanak bersoladariti terhadap Palestin itu mendapat perhatian ramai kerana dianggap unik dan kreatif. Siapa sangka, kanak-kanak juga dapat menunjukkan soladariti dengan menggunakan platform permainan untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin.

 

Kredit: The Vocket

Destination: