"Saya Lebih Tahu Sejarah Negara Saya" - Uyaina Arshad Sekolahkan Netizen Indonesia

TERKINI
November 07, 2023 - 12:36 PM


Pengacara Uyaina Arshad baru-baru mendapat perhatian dan pujian ramai setelah mengajar dan mengingatkan orang Malaysia yang berpihak kepada Israel atau bersikap neutral melalui satu video yang dimuat naik di media sosial peribadinya.  

Menerusi video tersebut, Uyaina meminta masyarakat untuk mengimbau kembali nyawa nenek moyang dan pahlawanan terdahulu yang terkorban akibat pemberontakan menentang penjajah. Uyaina juga menyamakan situasi terdahulu dengan keadaan Palestin ketika ini di mana dalam konflik ini Israel adalah penjajah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

"Sekarang ni, Israel tu adalah penjajah. Sama seperti negara yang dijajah, kita nak kemerdekaan, kita nak kebebasan. Begitu jugalah dengan Palestin.

Namun begitu, seorang individu warga Indonesia dilihat meninggalkan komen yang bercakap tentang kemerdekaan Malaysia dimana dia mengatakan bahawa negara kita merdeka kerana 'pemberian', bukan kerana berperang melawan Inggeris (British) selain turut menyatakan bahawa Hamas dan Israel perlu berdamai.

Komen tersebut dibalas oleh Uyaina yang menjelaskan bahawa dia lebih tahu tentang sejarah negaranya dan meminta individu tersebut untuk tidak mengajarnya tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.

Jawapan yang diberikan mendapat pujian ramai sehingga warganet di laman X memuji kebijaksanaan Uyaina dan turut melabelnya ‘beauty with brain’ kerana setiap kata-kata yang keluar daripadanya jelas menunjukkan ilmu di dada.

"Saya rasa saya lebih tahu sejarah negara saya.

"Darah prajurit tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan. Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu," tegasnya.

 

Kredit: Beautifulnara

Destination: