Jom Serbu Sasa! Dengar Cerita Mega Sale Sasa Kembali Lagi, Barangan Makeup Bawah RM100!

GAYA HIDUP
July 05, 2018 - 03:30 PM


Barangan makeup boleh dikatakan satu kemestian kepada sesetengah wanita diluar sana. Paling tidak, dalam handbag mesti ada lipstick ataupun compact powder. Ye lah, nanti senang nak touch-up muka lepas lunch kan, tak pun, touch up sebelum balik ke rumah. Nak nampak cantik depan husband, kenalah touch up sikit. Gittew!

Selalunya, berapa yang korang akan habiskan dekat make-up setiap bulan? Ke korang jenis tak beli langsung?

Kalau korang nak tunggu offer baru beli, cantiklah!  Ni Sasa ada buat Mega Sale ni dekat outlet-outlet yang amik bahagian.

Daripada primer, lipstick, eye-shadow, semua adalah. Yang paling penting, korang boleh dapatkan barangan makeup korang bawah RM100 tau!

Jom kita tengok, offer apa yang diorang ada…

 

Primer –

Kalau nak dapatkan kesan yang sekata, korang kena guna primer dulu sebelum gunakan foundation. Lagi pulak dalam keadaan cuaca kita yang panas dan terik ni. So, kalau korang kerja atau selalu habiskan masa dekat luar tu, gunalah primer dulu.

Cuba tengok Cyber Colors Primer, ada dua pilihan. Sama ada nak matte ataupun nak nampak muka glowing dan berkilat, pilih dewy finish. Harga RM89.10 (Harga Asal: RM127.30)

Foundation –

Macam Aj cakap tadi, dah sapu primer, baru boleh tepek foundation. Biasanya, kita guna foundation ni untuk tutup jerawat ataupun warna kulit yang tak sekata. Dalam keadaan cuaca panas ni, bila pakai foundation, nampaklah sekata sikit tona kulit.

Dalam promosi Sasa Mega Sales ni, korang boleh dapatkan sama ada Maybelline Dream Velvet Foundation (RM28.30) Harga Asal : RM47.05 ataupun Foundation Stick dari MKUP (RM36.30) asalnya harga RM51.85.

Atau, kalau korang nak yang tahan tapi dalam masa yang sama tak berminyak, boleh dapatkan Pupa Made to Last Foundation dengan harga RM80 (harga asal, RM 108.40).

Dah habis touch up bahagian muka, kita fokus dekat mata pulak. Yelah, orang kata, cinta tu turun dari mata terus ke hati. Hehehe. So, tang mata ni kita kena fokus sikit kan… Hehehe…

Pertama, untuk Kening.

Kalau terlalu banyak, nampak kelakar, jadi… kita buat dia ala-ala natural look gittuw. Selain natural look, muka akan nampak lebih bertenaga dan ceria sepanjang masa.

Untuk itu, korang boleh cuba Cyber Colors Auto Eyebrow Pencil. Salah satu produk best seller dekat Sasa tau!

Senang nak guna, ada 4 warna pilihan. Brown, Dark Brown, Grey Brown dan Black. Korang boleh sesuaikan dengan warna rambut. Harganya RM39.50 untuk 2 (promosi 2 @ 30%) harga asal adalah RM28.20 untuk satu. 

Kalau korang rasa tetiba nak swimming ke, nak cuba aktiviti dalam air tapi still nak nampak cantik, gunakan Peri Pera Ink Brow Tattoo Gel Prikiki (RM32) yang mana harga asalnya ialah RM 40. 

Bila pakai yang ni, kening korang confirm on point, walaupun dalam air!

 

Eye Liner -

Nak tampil cantik persis Bella Hadid? Korang kenalah guna sikit eye liner. Untuk dapatkan bentuk mata yang on point ni, ikut produk yang korang guna jugak. Paling penting, eye liner tu tak comot bila terkena tudung or korang terusik mata sebab gatal. Hikhik.

Cuba Artdeco High Precision Liner, dengan harga RM59 (harga asal RM74.50) korang boleh dapatkan mata yang menawan tanpa perlu habiskan masa lama-lama depan cermin.

Artdeco punya liner ni tak senang comot tau…

Tapi, kalau korang nak dapatkan kesan yang nipis, halus, boleh cuba Loreal Superliner Ultra Sharp.

Harga sempena promosi ni, RM28.30 je, kalau tak harganya ialah RM RM39.90 sebelum promosi. 

 

Mascara –

Sesetengah wanita, memang dah dilahirkan dengan bulu mata yang panjang, lentik dan lebat. Kalau korang punya bulu mata tak berapa nak ada, jangan risau. Korang boleh jugak nak dapatkan bulu mata yang menawan dan nampakkan mata korang tu besar. Trick dia, guna maskara je.

Satu lagi, pilih yang waterproof. Dan korang kena guna curler dulu sebelum pakai maskara, barulah bulu mata tu melentik. Kalau bosan dengan warna hitam, kita cuba warna-warna meriah sikit macam merah ke, hijau ke, ataupun biru.

Apa-apa pun, korang nanti boleh cuba The Balm Cheater Mascara Black (RM 58.73) harga asal ialah RM83.90 atau Revlon Selected Mascara (RM 40-43.30). 

Tapi kan, untuk Revlon ni, ada promosi Buy 1 Free 1, so apa kata korang ajak kawan korang sekali, lepastu, share-lah duit tu. Dapat maskara bawah RM30.

 

Eyeshadow –

Masih berkaitan mata. Disebabkan sekarang ni ala-ala summer, apa kata korang try sesuatu yang shiny-shiny sikit. Kalau tak pun, go natural look je senang.

Korang cuba try Maybelline Nudes Eyeshadow Palette yang dijual pada RM46.13 nanti. Yang ni asalnya berharga RM65.90 tau! 

Walaupun nama dia ‘nudes’, korang jangan tertipu ye, dia ada 12 shades daripada warna rose gold, merah, light brown, macam-macam warna lah. Memang sesuai kalau nak dapatkan ‘summer’ look tu.

 

Bibir-

Lepas dah touch up bahagian mata tadi, kita ke bahagian bibir pulak.

Untuk bibir, Sasa ada promosi lipstick yang best untuk korang.

Sama ada Wet & Wild Matt Lipstick (RM28.30) harga asal  RM36.70 untuk dapatkan bibir yang kelihatan on point dan warna yang tak terlalu menyerlah tapi masih kelihatan ayu, atau korang boleh cuba Pupa Made to Last Lip Tint (RM45) harga asal RM61.30. 

Untuk Pupa ni, lipstick dia waterproof, dan korang boleh pakai untuk masa yang lama tanpa perlu risau lipstick korang tu pudar.

Pipi & Hidung –

Last sekali, kita touch up bahagian pipi, hidung dan bentuk muka. Bahagian muka ni, korang kena pandai contourkan. Nanti tak adalah nampak pipi macam telan mauri pan dalam gambar. Hee~

Cuba The Balm Mary Lou Manizer atau Cindy Lou Manizer. Harga promosi sempena Mega Sale Sasa ni ialah RM69 dan korang kena grab promosi ni, sebabnya kalau tidak harga asalnya RM93.30.

Kalau nak pilihan yang banyak lagi, gunakan Artdeco Most Wanted Contouring Palette (RM59) harga asal RM93.30. 

Untuk contouring palette ni, ada 6 palette kesemuanya. Kalau cuaca panas, boleh guna contouring palette, kalau nak ada pink sikit guna pink blusher. Apa yang best adalah dia ada 3 dalam satu iaitu highlighter, contour/bronzer dan blusher.

So, macam mana? Berminat nak dapatkan salah satu daripada produk-produk yang Aj ceritakan?

Korang boleh ke cawangan Sasa ye..

 

 Tunggu! Ada lagi... 

promosi EKSKLUSIF UNTUK AHLI SASA SAHAJA! 

[Sasa VIP!nk & P!nk members – X5 points di semua cawangan terpilih]

Tarikh : 7 & 8 Julai 2018

 

 

Antara promosi menarik untuk ahli VIP!nk & P!nk : 

  • MINYAK WANGI DISKAUN SEHINGGA 60% OFF*
  • PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1
  • PROMOSI BELI 2 @ 30%OFF, BELI 3 @ 50%OFF ( UNTUK JENAMA TERPILIH SAHAJA )
  • X5 POINTS

Menarik kan? Tunggu apa lagi, jom lah serbu outlet Sasa terpilih ramai-ramai... 

 

Cawangan-cawangan Sasa yang ada offer ni boleh korang refer dekat bawah ni : 

Klang Valley – IOI City Mall, Sunway Giza Mall, Sunway Pyramid

Penang – Gurney Plaza, Gurney Paragon, First Avenue Mall, Sunway Carnival Mall, Queensbay Mall, AEON Bukit Mertajam.

Untuk maklumat lanjut pasal promo ni, u'olls boleh tengok FB Page Sasa ni ye...