Beli Barangan Dan Makanan Asli Jepun Di JONETZ by DON DON DONKI Di Lot10 Bukit Bintang!

March 29, 2021 - 01:31 PM


Berita gembira untuk semua! Baru-baru ini Don Don Donki telah buka cawangan pertama Malaysia di Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Untuk kroang yang tak tahu, Don Don Donki ni merupakan sebuah kedai diskaun yang sangat terkenal dalam kalangan kaki travel yang pernah melancong ke Jepun tau. Dan nama rasmi cawangan di Malaysia adalah JONETZ by DON DON DONKI.

Gedung JONETZ by DON DON DONKI Menawarkan Pelbagai Produk Asli Dari Jepun

Dalam usaha mereka untuk mengembangkan perniagaan di Asia Pasifik, JONETZ merupakan salah satu langkah yang terbaik untuk menarik minat rakyat Malaysia terhadap barangan buatan Jepun dan barangan yang diperbuat untuk pasaran Jepun pada harga yang berpatutan! 

Nama JONETZ datang dari produk original mereka yang dikenali sebagai 'Jonetsu Kakaku' yang bermaksud Passionate Price. Jadi korang boleh beli barangan Jepun dari snek, produk kecantikan, buah-buahan, dan barangan rumah di sini pada harga yang murah. 

Pelanggan Beragama Islam Tak Perlu Risau, Ada Bahagian Halal Untuk Korang

Yang menariknya di sini, pelanggan beragama Islam boleh membeli belah tanpa ragu-ragu kerana terdapat bahagian khusus untuk mereka membeli makanan terutamanya daging lembu. Jangan terkejut, korang juga boleh dapatkan daging BBQ Jepun dan daging Wagyu mereka di sini.

Daging tersebut datang dari kilang yang telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi tiada lagi keraguan di situ. 

JONETZ by DON DON DONKI Di Lot 10 Bukit Bintang Sangat Luas, Seronok Untuk Berbelanja

Dengan keluasan kedai sebesar 23,476 meter persegi dan merangkumi 3 tingkat, korang boleh enjoy dan mengambil masa untuk membeli-belah dengan selamat dan berjalan-jalan di dalam kedai ini. Seperti yang boleh dilihat dari gambar, design dalaman JONETZ memang sangat unik dan akan membuatkan korang rasa seolah-olah berada di Jepun tau.

Sambil-sambil membeli-belah tu, jangan lupa untuk bergambar di dalam JONETZ okay? Maskot penguin biru mereka juga sangat terkenal di Jepun kerana di negara tersebut terdapat lebih dari 160 buah cawangan tau! 

Disebabkan kita masih lagi dalam pandemik COVID-19, kalau korang takut untuk pergi sendiri ke JONETZ, korang boleh order melalui aplikasi Shopee dan Grab. Pelanggan dari seluruh negara boleh mendapatkan produk yang diingini hanya dari rumah mereka. Tapi ada juga produk yang mungkin tak tersedia untuk khidmat penghantaran. 

Jom Berbelanja Di JONETZ by DON DON DONKI Di Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kalau korang teringin nak tengok sendiri suasana kedai famous di Jepun, jom datang ke sini. Memang feel dia sama je guys dengan kedai sebenar. Bukan tu je, seperti gambar di atas, pelbagai barangan boleh didapati di JONETZ ni pada harga yang murah dan berpatutan. 

Tak perlu lagi membeli barangan Jepun secara online dan membayar kos shipping yang sangat mahal. Semuanya ada di sini!

JONETZ by DON DON DONKI telah membuka cawangan mereka pada 19 Mac 2021 yang lepas.

Alamat: G8-G11 Ground Floor, Lot 10 Shopping Centre, 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur

Laman Web | Facebook | Instagram 

 

 

Destination: