Frontliner Alami PTSD Dalam Usaha Tangani Covid
TERKINISeperti yang kita sedia maklum, gelombang yang ketiga COVID-19 ternyata betul-betul menguji barisan hadapan kita terutama petugas kesihatan. Peperangan menghadapi musuh yang tidak mampu dilihat pada mata kasar ini mencabar kebolehupayaan petugas kesihatan.
Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) menjelaskan terdapat sebilangan petugas kesihatan yang mengaku secara sukarela mengambil bahan terlarang demi mengurangkan tekanan akibat gangguan emosi.
Mereka ternyata manusia biasa seperti kita. Apabila terpaksa bertugas dengan bebanan kerja yang berat, tempoh berkerja yang amat lama, jauh dari keluarga, secara tidak langsung mendekatkan mereka kepada 'burnout'.
Ada yang terpaksa makan pil tidur kerana tidak dapat tidur akibat gangguan emosi ketika pandemik. Ini berbahaya kerana pengambilannya antara satu hingga tiga minggu secara berturut-turut.”
Katanya lagi, Sebahagian daripada mereka itu yang mengalami gangguan emosi teruk juga berisiko mengalami kesan jangka panjang, iaitu PTSD yang lazim dialami bekas tentera pernah turun ke medan perang.
Terdahulu, Berita Harian melaporkan seramai lebih 70,000 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan pelbagai gangguan emosi seperti stres, kemurungan dan kecelaruan, serta kelesuan melampau selepas 20 bulan melawan pandemik secara berterusan.
Kakitangan kesihatan yang ditemu bual akhbar itu malah mengaku menangis setiap hari selama sebulan selepas pulang ke rumah, stres dan berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit. Menurut Dr Andrew lagi.