‘Kos Tersembunyi’ Yang Terpaksa Dibayar Oleh Pemilik Kereta Mewah

GAYA HIDUP
September 12, 2018 - 01:20 PM


Memiliki sebuah kereta mewah adalah impian kebanyakan orang. Walaupun ada yang berpendapat, daripada miliki kereta mewah, baik beli sebiji rumah dan sebagainya. Itu impian atau kehendak masing-masing.

Sekarang ni, boleh dikatakan ‘trend’ budak-budak muda (baca: leader MLM, geng crypto dan sebagainya) up gambar kereta-kereta mewah sebagai ‘umpan’ supaya ramai percaya dan ingin sertai group ataupun melabur dengan mereka.

Sebagai contoh, kita tengok kereta Nissan GT-R. Tipulah kalau korang yang muda-muda ni tak impikan ada sebijik. Melainkan jiwa korang lebih kepada kereta klasik ataupun kereta-kereta yang lagi ‘atas’.

Untuk korang yang ada impian atau angan-angan nak ada kereta mewah, ini ada satu perkongsian tentang ‘kos tersembunyi’ yang korang perlu tahu sebelum membeli sebuah kereta mewah.

Untuk contoh ni, kita ambil perkongsian daripada pengalaman seorang mekanik tentang servis biasa dan perkara biasa wear & tear parts untuk sebuak kereta Nissan GT-R.

 

– SERVIS –

 

• Engine Oil Service Package

Engine Oil digunakan sebanyak 5.5liter. Jika menggunakan aftermarket big oil pan, lebih banyak minyak diperlukan.

Kos dalam lingkungan RM950 berserta upah (Motul 300V).

 

• Transmission Service Package

Transmission Fluid digunakan sebanyak 11 liter. Sama seperti konsep Engine Oil tadi, jika aftermarket big oil pan digunakan, lebih banyak minyak diperlukan. Pakej merangkumi “Front Diff Oil” dan “Rear Diff Oil”.

Kos dalam lingkungan RM2,600 berserta upah.

 

– COMMON WEAR & TEAR PARTS –

 

• Spark Plug

VR38 merupakan sebuah enjin 6 Silinder V6, so 6 unit spark plug diperlukan. Spark Plug original ada 2 jenis; NGK dan Denso. Harga lebih kurang.

Kos dalam lingkungan RM1,320 berserta upah.

 

• Front Brake Pad

Bab ni, Caliper pun Brembo. Jadi faham-fahamlah. Tetapi untuk GT-R ada banyak pilihan. Nak yang murah ada, yang mahal pun ada.

Kos dalam lingkungan RM2,850 (original), RM2,400 (Endless).

 

• Rear Brake Pad

Pun sama seperti Front Brake Pad. Banyak pilihan.

RM2,640 (original), RM1,700 (Endless).

 

• Front Brake Rotor & Rear Brake Rotor

Daripada pengalaman aku, ada 3 brand sahaja yang aku percaya. Original (Brembo), Endless, dan AP Racing.

Kos adalah dalam lingkungan RM12,000 ke RM18,000.

 

• ABS Pump

Boleh dikatakan kerap memberikan masalah juga, harganya boleh tahan.

Kos adalah dalam lingkungan RM10,000 dengan upah.

*Aku tak suka berkompromi tentang brek, lagipun major knowledge aku adalah perihal sistem brek. Jadi aku tak recommend pakai low quality brake pad.

 

• Tayar

Universal. Ini ikut kemampuan dan minat anda terhadap jenama dan jenis tayar tersebut. Jangan pakai tayar toreh sudahlah.

Kos dalam lingkungan RM10,000.

 

• TPMS

Tire Pressure Monitoring System. Sensor ni ada dalam tayar. Selalu sangat rosak. Nak tukar ini kena keluarkan tayar daripada rim ye tuan-tuan. Kalau anda pakai tayar RFT lagi tinggi kedai caj anda.

Kos dalam lingkungan RM800 seunit dengan upah. Berdoalah jangan sampai 4 biji sekali rosak.

 

• Flywheel Housing

Dipanggil juga sebagai Bell Housing. Jika benda ni rosak, anda akan dengar ‘rattling sound’ dari bawah kenderaan anda.

Kos adalah dalam lingkungan RM11,000 siap pasang.

 

• Height Level Sensor

Sensor ni terletak di belakang kiri sistem suspensi kenderaan. Selalu juga patah.

Kos adalah dalam lingkungan RM3,850 dengan upah.

 

• Suspension Set

Jika kenderaan anda berusia lebih dari 5 tahun, bersedia dengan masalah ‘leak absorber’. Sistem suspensi kenderaan ini dilengkapi dengan sistem ‘damptronic’ dimana anda boleh melaras kekerasan suspensi tersebut. Aku recommend dua jenis set utk kenderaan ini, Original atau Litchfield Street.

Kos adalah dalam lingkungan RM31,000 (Original), dan RM27,000 (Litchfield).

 

• Coolant Expansion Tank

Tangki air ini jahat. Selalu bocor. Kalau anda lihat ‘coolant level’ dalam tangki makin berkurang, cubalah periksa keadaan tangki ini dahulu ya.

Kos adalah dalam lingkungan RM1,290 berserta upah.

 

• Valve/Rocker Cover Gasket

Bukan enjin V6 sahaja ada masalah ini, malah kebanyakkan enjin.

Kos adalah dalam lingkungan RM1,500 berserta upah.

 

• Transmission Unit

Terlalu banyak untuk diceritakan dan ditulis disini. GR6 ni sebenarnya bermacam ragam. Tapi yang common adalah clutch wear. Jadi aku tak bagi kos satu persatu, anggaran kos keseluruhan rebuild balik gearbox unit ni adalah lingkungan RM45,000 atau lebih.

Menurut perkongsian itu, ini adalah ‘kos tersembunyi’ yang korang patut tahu sebelum berkira-kira nak ‘angkat’ sebijik kereta mewah. Selain daripada bayaran bulanan, korang kena masukkan juga kos-kos ini dalam belanjawan.

Kendian, korang nilaikan lah sama ada korang betul-betul mampu atau tidak, jangan sebab nak bermegah, bermewah, bila sampai kena servis, tak ada stand-by. Last-last kereta berhabuk duduk bawah porch. Bulan-bulan tetap kena bayar.

Itu belum dicerita kereta Ferrari ke, Lambo ke dan sebagainya. So, fikir masak-semasaknya ye.

Perkongsian asal tentang kos ini ada di Facebook En Mohamad Yazid, nak tahu lebih lanjut, korang PM lah dia tanya ye =D