Adidas Lancar COPA70 Limited Edition Sempena Ulangtahun Ke-70





Adidas dah berusia 70 tahun tahun ini ! Diperkenalkan pada 18 Ogos 1949, jenama yang diasaskan oleh Adolf Dassler ini kini memasuki 70 tahun di pasaran. Adidas merupakan pengeluar pakaian sukan terbesar di Eropah dan ke-dua di dunia, dibelakang Nike.

Sempena ulangtahun ke-70 ini, Adidas mengeluarkan koleksi terhad yang dinamakan COPA70.

Kenapa Copa 70? Nama Copa ni diambil sempena kasut bola yang paling ikonik dan terbaik pernah dikeluarkan oleh Adidas iaitu Copa Mundial. Dan nombor 70 tu semestinya disebabkan Adidas menyambut ulangtahun ke-70.

COPA70 ni adalah kasut bola edisi terhad yang kalau kita tengok memang dia bagi sentuhan moden kepada kasut asal iaitu Copa Mundial.

Untuk bahagian atas kasut bola ini, Adidas menggunakan material PrimeKnit manakala bahagian tapak pulak berwarna putih. Bahagian dalam, dikemaskan dengan linen kulit. Memang selesa dan lembut lah nanti.

Tapi, bukan setakat kasut bola sahaja! Adidas ada juga melancarkan edisi trainer untuk COPA70! Tapi modelnya adalah COPA70Y TR. Didatangkan dengan 2 colorway iaitu Hitam/Putih dan Off White/Hitam.

Dari segi kemasan, Adidas menggunakan kemasan yang sama iaitu PrimeKnit untuk bahagian atas dan tulisan berwarna keemasan di bahagian sisi kasut.

Dari jauh, cutting dia nampak sama macam Gazelle tapi kemasan tapak bawah akan menampakkan yang ianya bukan dari model Gazelle. Ada bentuk ‘heat map island’ pada tapak dan ini disebabkan nak ambil balik rupa asalnya pada tahun 1970.

Setakat ini, kitorang belum jumpa lagi detail tenang kulit tersebut sama ada materialnya ‘halal’ atau mengandungi pigskin. Harap bukan pigskin lah.

Harga jualan di website Adidas luar adalah €250 (RM1182) untuk boot, dan €150 (RM710) untuk trainer. Edisi terhadkan, harga lain macam la sikit.