Anak Kecil Yang Demam Perlu Dimandikan Untuk Mengelakkan Demam Sawan

GAYA HIDUP
April 23, 2018 - 01:35 PM


Anggapan yang anak yang mengalami demam tidak boleh dimandikan adalah sesuatu ‘kepercayaan’ yang salah sama sekali. Sebenarnya, pada suhu badan yang meningkat tersebut, seharusnya anak dimandikan atau disejukkan badannya menggunakan tuala basah.

Ketika suhu badan tinggi dan tidak normal, anak perlu dimandikan untuk mengurangkan dan menyerdehanakan suhu badan mereka. Secara tak langsung, untuk elakkan berlakunya demam sawan yang boleh meningkatkan risiko kesihatan.

Demam sawan ini boleh berlaku sekiranya suhu badan meningkat sehingga 38 darjah Celsius ke atas, bacaan normal tubuh badan sepatutnya antara 36 hingga 37 celsius.

Kalau ikut statistik, kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun adalah paling berisiko untuk diserang demam sawan akibat suhu badan yang terlalu tinggi.

Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan serangan sawan

Menurut Pakar Pediatrik Hospital Pakar Avicena, Dr Roliza Ibrahim bayi berusia 14 hingga 18 bulan paling mudah diserang dan apabila berlaku, kaki dan tangan akan kekejandan selain mata akan terbeliak ke atas dan berbuih.

Kanak-kanak yang alami masalah ini kebiasaannya mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah diserang sawan tetapi kebiasaannya juga, serangan ini berlaku sekali sahaja.

Menurut Roliza lagi, kalau berlaku serangan anak perlu diletakkan dalam keadaan mengiring dan jangan sesekali meletakkan sebarang objek dalam mulut mereka. Keadaan mengiring ini boleh menurunkan suhu badan dengan segera.

Jika tidak, badan anak perlu dibasahkan menggunakan suhu air pair dan bukannya air sejuk mahupun ais. Ubat yang digunakan juga perlulah yang jenis dimasukkan ke dalam dubur untuk merendahkan suhu badan.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video