Apa Yang Akan Berlaku Kepada Akaun Facebook Selepas Kematian Seseorang

GAYA HIDUP
September 25, 2017 - 01:03 PM


Majoriti rakyat di Malaysia mempunyai akaun Facebook. Tidak kira peringkat umur, selagi kita menepati syarat-syarat untuk membuka akaun (walaupun dengan cara menipu umur), kita boleh ada akaun Facebook.

Seperti yang kita maklum, medium Facebook ini ada negative dia, ada positifnya… Kalau betul cara gunanya, betulah dia. Kalau kita gunakan dengan salah, salah lah dia.

Pernah tak anda terfikir, apa yang akan terjadi kepada akaun Facebook ini selepas kematian kita?

Memang segala amalan akan terputus, segala pekerjaan didunia ini akan terhenti. Tetapi akaun Facebook? Kalau tiada orang yang deletekan, dia tetap akan ada disitu. Sampailah bila – bila.

Baca betul – betul. Sebenarnya, kita boleh maklumkan pada Facebook kalau kita nak akaun kita itu dipadam, atau diabdikan. Sebagai contoh, kita boleh abdikan sebagai medium untuk kenalan-kenalan kita atau keluarga untuk berkongsi kenangan.

Walaupun ini akan menimbulkan perasaan yang berbelah bagi pada sesetengah individu, tetapi tetapan default pada Facebook ialah untuk mengekalkan akaun itu seperti mana ia ditinggalkan.

Sekiranya tetapan akaun diabadikan dipilih oleh pengguna, maka perkataan Mengingati akan ditambah sebelah nama individu tersebut pada profile mereka.

Seperti yang kita tahu, hanya kita boleh log in kedalam akaun kita kerana ada terdapat kata laluan. Persoalannya, macam mana kawan atau ahli keluarga kita untuk padamkan akaun Facebook milik kita nanti, selepas kematian?

Caranya, dengan melantik mana mana ahli keluarga atau kawan kita sebagai Legacy. Seeloknya, letaklah ahli keluarga terdekat. Supaya mereka boleh decide nak buat apa.

 

Caranya boleh ikut dibawah :

 

Atau sekiranya nak delete terus akaun, boleh ikut cara ini :

 

 

Nota Kaki : Mohon maaf dari pihak Editor sekiranya artikel ini menyinggung perasaan, tujuan kami hanya untuk berkongsi supaya anda tahu apa tindakan yang boleh dilakukan sekiranya berlakunya kematian dan individu tersebut mempunyai akaun Facebook.

 

Sumber : Facebook

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video