Aplikasi Fuzion Untuk Pengguna iOS Mudahkan Suntingan Gambar Potret iPhone

GAYA HIDUP
January 23, 2019 - 02:45 PM


Satu aplikasi fotografi baru, Fuzion akan dilancarkan esok untuk pengguna iOS. Menggunakan data kamera TrueDepth pada iPhone baru, ia akan menghasilkan gambar yang luarbiasa.

Aplikasi Fuzion ini akan mengambil bayang-bayang daripada mod Portrait iPhone dan membuang latar belakangnya. Pengguna kemudian boleh mencantumkan bayang-bayang tadi dengan gambar yang lain. Paling menarik, ia juga boleh menambah overlay pada gambar.

Selepas tempoh percubaannya kepada beberapa pengguna beta, Fuzion dikhabarkan boleh didapati di App Store mulai Khamis ini (24 Januari 2019) . Penghasilan imej cantuman ini biasanya memakan masa yang lama dan perlukan penelitian jika tidak menggunakan aplikasi.

Fungsi tambahan pada Fuzion :

  • Tangkap gambar potret dalam applikasi dengan pengesanan silhoutte automatic
  • Pilihan dari pelbagai latar belakang oleh jurugambar professional untuk dicantumkan dengan potret anda
  • Penambahan overlay seperti; filter warna, efek cahaya dan debu untuk gambar yang lebih menonjol

Setakat ini Fuzion boleh dimuat turun secara percuma untuk fungsi asas dan USD3 dikenakan untuk pembelian dalam aplikasi untuk mendapatkan kesemua latar belakang, overlay dan fungsi-fungsi lain. . Model iPhone yang boleh menggunakan aplikasi ini adalah iPhone 8 Plus, X, XS dan juga XR.

Jom tengok video demo yang disediakan :

Kredit : Fuzion - Promo Video from Fuzion on Vimeo.