Atlanta: 13 Gorila Disahkan Positif Covid-19

GAYA HIDUP
September 13, 2021 - 03:24 PM


Bukan takat manusia je, dah merabak sampai ke gorila dah Covid19 ni...

Sekurang-kurangnya 13 gorila di Zoo Atlanta disahkan positif Covid-19, termasuk seekor gorila berusia 60 tahun yang merupakan spesies paling tua.

Pihak berkuasa zoo berkata, pekerja memaklumkan gorila dilihat mempunyai simptom seperti batuk, hidung berair dan selera makan mula berubah.

Makmal veterinar di University of Georgia menjalankan ujian calitan dan mengesahkan status positif gorilla tersebut.

Pihak zoo percaya jangkitan itu berpunca daripada pekerja yang mempunyai gejala asimptomatik yang menjaga gorila tersebut.

Pekerja itu disahkan sudah menerima suntikan vaksin sepenuhya dan memakai peralatan perlindungan seperti pelitup muka dan sarung tangan.

Pihak zoo menjelaskan setakat ini tiada bukti menunjukkan gorila boleh menyebarkan virus semula kepada manusia dan risiko pengunjung dijangkiti wabak daripada haiwan tersebut sangat jauh.