Baru Mula Berniaga? Ini Tips Jimat Kos Postage Yang Perlu Anda Tahu!
Ketika ini ramai yang kehilangan pekerjaan akibat penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan memilih untuk mula berniaga secara online, sama ada secara part-time ataupun sepenuh masa.
Malah ada juga graduan yang masih belum mendapat peluang pekerjaan serta mula menceburi bidang perniagaan bagi meneruskan survival kehidupan masing-masing.
Sebagai peniaga baharu, pasti banyak perkara yang perlu diteliti dan difikirkan, lagi-lagi mengenai proses penghantaran barang kepada pelanggan.
Bila bercakap soal penghantaran atau postage, paling penting yang perlu dititikberatkan adalah mengenai pemilihan syarikat kurier yang menyediakan perkhidmatan tiptop!
Ini kerana kalau salah pilih, anda pasti berdepan dengan banyak aduan atau complain daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan servis yang diterima.
Jadi bagaimana cara untuk anda memilih perkhidmatan pos barang yang terbaik dan sesuai untuk keperluan anda, serta paling penting dapat menjimatkan kos? Jom kita tengok tips di bawah ini :
1. Nak Jimat Kos Pos Hantar Barang? BANDINGKAN HARGA TERLEBIH DAHULU
Sama ada anda berniaga online secara besar atau kecil-kecilan, pengiraan kos penghantaran barang memang penting.
Bila anda nak hantar barang, apa kata anda semak dahulu kos penghantaran barangan dan buat perbandingan harga terbaik.
Memang tidak menjadi masalah kalau anda nak kekal setia dengan satu syarikat kurier. Tetapi kalau banyak syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan barangan dengan harga murah, anda mestilah bijak dalam mencari kurier yang boleh memberikan anda perkhidmatan terbaik.
Sebab setiap kurier, kan berbeza perkhidmatannya mengikut tempat. Jadi pilihlah kurier yang menjimatkan namun masih mampu memberikan perkhidmatan yang cekap dan pantas.
2. Penat Nak Beratur Panjang Hantar Barang? PICK-UP BARANG DARI RUMAH
Ada banyak barang untuk diposkan? Anda boleh pilih servis penghantaran yang menawarkan khidmat ambilan barang daripada rumah.
Boleh ke? Eh kenapa pulak tak boleh. Tapi mestilah ada syarat-syaratnya. Ini mengikut jenis kurier dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Ada yang tawarkan servis pick-up secara percuma, dan banyak lagi.
3. Pelanggan Nak Barang Hari Yang Sama? PILIH ON-DEMAND DELIVERY MACAM GRAB EXPRESS
Ini pilihan yang mudah lagi menyenangkan kalau pelanggan anda nak barang mereka sampai dengan cepat dan pada hari yang sama. Tak mustahil dah sekarang ini!
Perkhidmatan seperti Grab Express boleh hantar dalam masa 4 jam sahaja!
Jadi tak susahlah sekarang seller nak buat penghantaran dan yang lagi best, anda tak perlu lagi untuk keluar rumah. Tunggu pick-up sahaja.
Takut kalau kadar mahal? Jangan risau, kebanyakan penyedia perkhidmatan ini telah menyediakan flat rate atau kadar rata untuk penghantaran.
4. Nak Lagi Jimat Dan Mudah? BUKA AKAUN & BERDAFTAR DENGAN SYARIKAT KURIER
Kalau anda mempunyai banyak jumlah pesanan dan barangan yang perlu dihantar, apa kata anda buka akaun dengan syarikat kurier?
Daripada anda berpenat lelah, nak kira kos pengiraan dan nak kena berulang alik ke pejabat pos -- lebih baik anda membuka akaun sebab banyak manfaat yang anda boleh dapat.
Contohnya, anda boleh mendapatkan harga kos penghantaran yang murah atau diskaun, boleh dapatkan servis pick-up daripada pejabat ataupun tempat operasi seperti rumah anda dan banyak lagi.
Bila dah buka akaun, anda pun kenalah ada hubungan baik dengan pengurus akaun anda. Nanti kalau ada apa-apa isu mengenai penghantaran, boleh terus rujuk pengurus anda untuk urusan yang lebih pantas.
5. Apa Pilihan Bijak & Terbaik? PILIH SAHAJA GRABEXPRESS SUPER SENDER!
Kesemua tips di atas boleh anda dapatkan sekiranya anda memilih GrabExpress Super Sender.
Selain menawarkan perkhidmatan pantas, GrabExpress Super Sender ini juga membuat penghantaran barang pada hari yang sama! Best, kan!
Caranya mudah, anda hanya perlu melakukan 4 langkah ini:
a) Buka aplikasi Grab dan klik 'Express'
b) Isi maklumat yang diminta
c) Pilih motor / kereta
d) Confirm & book!
Bukan saja laju dan pantas, malah dengan GrabExpress Super Sender ni poket anda pun akan selamat sebab dengan sekali langganan atau subscription anda boleh jimat sehingga RM150 sebulan.
Bagaimana nak langgan?
Anda hanya perlu membuka Akaun - Langgan - Langgan Super Sender - Dapatkan Pelan Ini - Checkout
Apa yang lebih menarik GrabExpress Super Sender ini tiada perbelanjaan minimum dan tiada had diskaun (bagi kesemua perkhidmatan Grab Express).
Malah untuk mengelakkan kerumitan bagi mengisi alamat pelanggan anda secara manual, dengan GrabExpress mereka kini boleh mengisinya secara online bagi mengurangkan kesilapan maklumat.
Bagi mengetahui lebih terperinci mengenai GrabExpress Super Sender ini anda boleh tekan link ini: www.grab.com/my/express/ atau www.grab.com/my/blog/supersender/
Jadi tunggu apa lagi, kalau anda nak jadi peniaga yang bijak dalam memberi servis tiptop kepada pelanggan dan dalam masa sama menjimatkan kos postage anda, cepat-cepat langgan GrabExpress Super Sender ini! Berbaloi-baloi!!